Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak

May 26, 2015

Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak
Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak
Setiap kali aku menyusur jalan-jalan di negeri Perak, pasti akan terserempak dengan papan penunjuk arah ke Kompleks Sejarah Pasir Salak ini. Dari setahun ke setahun, aku hanya menyimpan hasrat satu hari nanti aku akan menjejak juga tanah Pasir Salak ini.

Alhamdulillah.

Hari Merdeka 2014, hasratku sudah termakbul.

Perjalanan dari Menara Condong Teluk Intan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS) ini memakan masa lebih kurang 45 minit. Tidak ada pengunjung lain selain daripada kami empat sekeluarga ketika kami tiba di sana.

Bukan lah sesuatu yang mengejutkan.

Tempat-tempat seumpama ini bukanlah menjadi keutamaan dalam jadual percutian bagi kebanyakkan orang. Aku juga seperti itu. Tetapi sampai bila aku mahu terus menyisihkan sejarah tempatan yang penuh dengan kisah pahit manisnya sendiri. Apatah lagi, kisah itu ada kaitannya pula dengan ketenangan dan kebahagian aku nikmati hari ini.

Pintu Gerbang Utama
Pintu Gerbang Utama

Penunjuk arah

Kakak Hanim
Menara

Kesayangan

Oh! Sediakan payung sebelum panas.

Memang agak terik panasnya ketika kami sampai ke sini.

Dari pintu gerbang (utama), terdapat laman yang agak luas dan juga laluan pejalan kaki di tebing sungai. Sudah tentu, kawasan ini berpagar. Kami terus sahaja berjalan ke bangunan utama iaitu Terowong Sejarah Pasir Salak, yakni sebuah muzium. 


Terowong Sejarah Pasir Salak

Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak

Seperti mana muzium-muzium yang aku pernah kunjungi (di Malaysia), muzium ini juga seperti kataku selalunya, sudah patut dimuziumkan. Kerana, melihat suasana yang suram (juga sedikit menyeramkan) sudah terlalu sinonim dengan perkataan "muzium" itu sendiri.

Eheh!



Hanya untuk masuk ke muzium ini yang dikenakan bayaran. Kami semuanya menyerbu masuk ke dalam, bukan kerana perasaan "teruja" tetapi lebih kepada perasaan mahu menumpang sejuk penghawa dingin!

Ahahahah!

Oleh kerana kami ini rakyat yang akur kepada arahan, kami juga mematikan kamera sepanjang berada di dalam terowong ini. Apatah lagi, ada "pengawal" yang mengiringi perjalanan kami. Matanya menjeling-jeling setiap kali kami memegang telefon, walhal hanya mahu melihat mesej dan bukannya menggunakan kamera.

Sebenarnya, tiada apa juga yang mahu dirakamkan. Corak persembahan pameran agak biasa, jadi tidak lah merasa ralat sekiranya tidak mengambil gambar sekalipun.

Cuma, di bahagian kedua iaitu di tingkat bawah, pameran keris dan senjata agak menarik hati. Pada waktu ini, memang mahu sahaja aku memetik kamera. Tetapi "pengawal" kami masih berkeliaran bergentayangan jadi agak sukar mahu melakukan onar.

Aku ini sungguh baik, kawan.

Ahahah!

Walhal selepas pulang dari muzium ini, ketika aku meng"google", banyak sahaja gambar di dalam muzium ini!

Nasiblah.

The Time Tunnel of Pasir Salak
The Time Tunnel of Pasir Salak

Bergambar sebelum masuk ke terowong
Bergambar sebelum masuk ke terowong

Bangunan berseberangan dengan Muzium
Bangunan berseberangan dengan Muzium

Bahagian luar
Bahagian luar

 

Sekitar Kompleks Sejarah

Kami agak lama di sini. Sempat juga kami menunaikan solat di masjid yang bersebelahan dengan muzium ini. Selesai solat, kami menumpang berteduh di sebuah pondok di dalam kawasan kompleks untuk menikmati makan tengah hari.

Nyaman.

Sambil menjamu mata dengan pemandangan Sungai Pasir Salak yang mencatatkan sejarahnya tersendiri. Sesekali angin lalu menyapa menghilangkan udara panas. Makan pula "berebut-rebut" dengan anak-anak.

Seronok.

Sementara menunggu giliran masing-masing menunaikan tanggungjawab pada perut, aku sempat "merayau" melihat-lihat beberapa monumen yang ada.

Sungai Perak
Rumah Lama
Rumah Lama

Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Lokasi pembunuhan JWW Birch
Lokasi pembunuhan JWW Birch

Lela Rentaka
Lela Rentaka

Kami beransur bergerak ke Lumut selepas berhabis hampir tiga jam di sini. Terima kasih kepada mereka yang berusaha untuk "menghidupkan" sejarah yang hampir dilupakan. Moga generasi yang seterusnya akan sentiasa diperingatkan perit jerih pahlawan negara yang berkorban untuk kemerdekaan tanah air.

Oh!

Aku juga tertanya-tanya, kenapa perlu ada tugu peringatan JWW Birch di situ?





Waktu Lawatan dan Bayaran

Di bawah ini aku kongsikan waktu lawatan dan harga tiket untuk melawat KSPS ini.

Harga Tiket
Harga Tiket

Waktu Lawatan
Waktu Lawatan

Waktu Lawatan Kompleks Sejarah Pasir Salak
Waktu Lawatan Kompleks Sejarah Pasir Salak


Berbaloi?

Terpulang. Bagi aku, aku puas kerana hasrat untuk ke sini sudah tercapai. Untuk mengulang lawat semula, tidak tahu lah bila. Sudah ada kenangan di sini, cukup lah dulu.

Cuma jangan sematkan dalam hati, walaupun "tiada apa-apa", tempat-tempat sebegini perlu didedahkan kepada generasi anak-anak yang semakin hari semakin terdedah kepada rencam dugaan moden.

Biar tahu asal-usul diri.

Biar ada jati diri.

Jangan biarkan perjuangan Dato Maharajalela jatuh tidak bersambut.





You Might Also Like

0 comments

Press

press