Kota Belanda, Pulau Pangkor Yang Mencatat Sejarah

Sepupu

Seperti yang telah diselidik terlebih dahulu, ternyata amat mudah untuk mendapatkan teksi pelancong di Pulau Pangkor. Ya, teksi. Ataupun kereta sewa. Ataupun van sewa. Yang mana-mana lah, ikut kerasian masing-masing menggelarkannya.

Aku sudah ingat-ingat lupa harga sewa yang dikenakan. Kalau tidak silap, untuk pusingan lengkap satu pulau dengan teksi van yang boleh memuatkan 8-10 orang, harganya RM80. Kami menyewa dua buah teksi dan masing-masing boleh duduk dengan keadaan yang selesa.

Van Merah Jambu
Van Merah Jambu

Dalam teksi di Pangkor
Kakak dan abang

Kota Belanda

Destinasi kami yang pertama ialah Kota Belanda. Aku boleh bayangkan keadaan dan suasana tempat ini, tetapi samar-samar. Tidak ada bentuk bangunan yang lengkap, hanya dinding-dinding yang dibina menggunakan bata merah. Ada tingkap, dan mungkin juga lubang udara. Itu sahaja yang aku boleh bayangkan, mengenangkan kali terakhir aku ke sini entah berapa puluh tahun yang lalu.

Sama!

Cuma sudah dihias dan dicantikkan lagi. Ada juga kedai jualan di tepi tapak kota Belanda ini. Terlihatkan dinding berbata merah itu, terus teringat aku juga pernah bergambar di sini. Di mana dan bagaimana, aku sudah lupa. Perlu di selongkar semula album lama. Dan aku inginkan gambar aku dan abang Haris nanti diletakkan sebelah menyebelah. Ehehehe!

Padang
Padang


Rehat
Rehat


Sedikit catatan berkenaan Kota Belanda;
Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Belanda memperolehi biji timah tersebut telah membinasakan kota ini pada tahun 1690. Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya di sini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut, ia tidak digunakan lagi.

Kota ini telah di bina semula oleh Habatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawak akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 242, Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 21hb Mac 1978. Menurut akta ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan pencerobohan dan kerosakan ke atas monumen lama dan tapak tanah bersejarah boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit dan kedua-duanya.


Antara tempat parkir dan Kota Belanda, ada padang kecil menjadi perantara. Padang ini "diukir" dengan corak "floral" atau batik, agak kreatif. Cuma sukar untuk berjalanlah. Kami tidak berlama-lama di sini, terus sahaja ke bangunan utama. Keadaan yang terdedah terus kepada terik matahari, membuatkan abah dan emak menyusur berehat di tepi. Aku dan anak-anak, masih lincah bergambar.

Mini Me
Mini Me

Lubang angin
Rasanya abah pun ada ambil gambar di sini

Minions
Minions

Oh!

Sudah tentu. Abah dan ummi pun mahu bergambar. Dengan si comel.

Keluarga
Kami

Tidak apa yang menarik di sini, sebenarnya. Hanya runtuhan bangunan (mungkin sebuah gudang). Kesan sejarahnya kecil sahaja, tetapi untuk melambung pasaran pelancongan, Kota Belanda dikekalkan dan dibaik pulih.

Cuma aku teringat, dalam matapelajaran Sejarah sekolah menengah dahulu, ada disebutkan hal perjanjian Belanda.

Perjanjian apa itu ya?

Laman
Laman


ITINERARI PERCUTIAN 2H1M PULAU PANGKOR, PERAK
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)








Reactions

Post a Comment

0 Comments