Pekan Pangkor

June 25, 2015

Selesai membeli-belah jajan untuk dibawa balik, kami langsung mengelilingi pulau. Oleh kerana cuaca sudah semakin terik dan masing-masing sudah berlengas, kami setuju untuk tidak singgah ke mana-mana lagi. Hanya menikmati pemandangan Pulau Pangkor dari dalam teksi.

Melalui jalan sepanjang Pantai Teluk Nipah ada juga membuatkan rasa ingin singgah sebentar, tetapi dipendamkan sahaja. Ialah, siapa yang tidak geram melihat pantai yang sangat biru lagi menyegarkan.

Lain kalilah.

Kalau ada peluang yang lain.

Kami tiba di pekan Pangkor dan pemandu teksi menyatakan jeti untuk menyeberang ke Lumut tidak jauh dari situ. Aku mulanya agak ragu, tetapi diyakinkan kakak memang jaraknya dekat sahaja.

Pekan Pangkor
Pekan Pangkor
Berbumbung dan selesa
Berbumbung dan selesa

Pelbagai kedai
Pelbagai kedai

Ikan Bilis Mata Biru

Emak sedari mula sudah menyebut-nyebut mahu mencari Ikan Bilis Mata Biru. Ah! Mak memang tahu apa yang mahu dicarinya kalau ke sesuatu tempat. Tak perlu internet, maklumat dari rangkaian sosial mak sudah cukup untuk mengumpulkan maklumat.

Aku tidak membeli apa-apa di sini, hanya sepasang baju untuk hero kami yang paling kecil.


Pelbagai pilihan
Pelbagai pilihan

Bilis Mata Biru
Bilis Mata Biru
Pilih mana yang berkenan
Pilih mana yang berkenan

Pulang

Selesai urusan di pekan, kami berjalan kaki ke jeti. Memang dekat, tetapi masih memenatkan untuk orang yang sudah berumur, dan juga yang mendukung anak kecil. Kami menyeberang pulang ke Lumut dengan hati yang sedikit menjengkel. Pengalaman menaiki bot seperti yang aku ceritakan terlebih dahulu menjadi "pematah semangat" untuk kami datang berkunjung lagi ke Pulau Pangkor. Aku bukan mempunyai niat untuk memburukkan Pangkor, kerana pengalaman pahit di jeti itu. Mungkin ianya sangat kecil dan peribadi. Aku hanya mahu berkongsi dan mengingatkan agar perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain.

Pulau Pangkor, mungkin lebih berbaloi jika datang menginap dan bermalam di tepian pantai. Banyak pilihan yang ada, terpulang mengikut selera masing-masing. Itu lebih berbaloi sekiranya membawa anak-anak, kerana mandi pantai sahaja acara yang relevan untuk mereka.

Terima kasih, Pangkor.

Entah bila berjumpa lagi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press