Itinerari Percutian Keluarga Di Pulau Pangkor, Perak

Itinerari

Entah macamana, kami memilih Pulau Pangkor untuk percutian pendek bersempena hari kemerdekaan tahun 2014. Dan, yang bersetuju untuk ke sana ialah kami tiga beradik, emak dan abah serta keluarga masing-masing. Setiap daripada kami sudah lupa bila kali terakhir ke sana. Aku sendiri, baru pernah sekali mencecah kaki ke Pulau Pangkor.

Entah bila pun sudah lupa. Mungkin ketika zaman jerawat baru mula menjajah pipi.

Jadi pada pagi Ahad 31 Ogos 2014, kami tiga buah kereta menelusuri lebuhraya LATAR dari Rawang, kemudian melalui jalan pantai barat Selangor menghala ke Pulau Pangkor.




Itinerari Percutian Pulau Pangkor

Kami sudahpun menyenaraikan lokasi yang kami mahu kunjungi. Sebelum ke Pangkor, aku cadangkan untuk singgah ke beberapa buah tempat. Majoriti bersetuju, jadi aku memakai takhta sebagai ketua rombongan hari itu.

Eheheeh! Syok sendiri.

Di bawah aku kongsikan agenda percutian dua hari satu malam (2H1M) ke Pangkor. Klik pada link untuk cerita dan gambar.

Hari 1 (Ahad, 31/08/14)

07.00 amBertolak dari Gombak dan singgah sarapan di Hentian R&R LATAR. Bawa bekal dari rumah.
11.00 amTiba di Menara Condong Teluk Intan, Perak.
12.30 pmBertolak ke Pasir Salak
01.00 pmTiba di Kompleks Bersejarah Pasir Salak
02.00 pmMendirikan solat di Masjid Ar-Rahmaniah (bersebelahan dengan kompleks) dan makan tengah hari (belkal)
02.45 pmBertolak ke Teluk Batik untuk berkelah
07.00 pmPulang ke homestay di Lumut


Hari 2 (Isnin, 01/09/14)

09.45 amMenaiki bot ke Pangkor dari Terminal Jeti Lumut/Pangkor.
10.15 amTiba di Pulau Pangkor dan mencari van sewa (warna merah jambu). RM120 untuk ke beberapa tempat.
10.45 amKota Belanda (luangkan masa 30 minit)
11.30 pmTokong Foo Lin Kong (30 minit)
12.15 pmKilang Satay Ikan Ha Seng Hin
02.00 pmMencari Ikan Bilis Mata Biru di Pekan Pangkor
03.00 pmBertolak pulang ke Lumut dan balik ke Kuala Lumpur



Penginapan & Kos

Aku tidak kongsikan hal penginapan kerana kami hanya berjaya mendapatkan homestay pada saat-saat terakhir. Satu rumah dengan harga RM200, dikongsi empat (4) keluarga. Rumahnya agak kecil, dan tidak begitu selesa (mungkin atas faktor ramai itu juga mempengaruhi). Tapi tetap sahaja meriah dengan keletah anak menantu dan cucu-cucu Haji Yusof dan Hajah Samsiar. Seronok!

Oh! Kami tidak bermalam di Pulau Pangkor, sebaliknya di tanah besar di Teluk Batik.

Percutian bersama keluarga yang besar memang menyeronokkan, terutamanya anak-anak. Sambil-sambil membawa emak dan abah berehat dan berjalan-jalan. Tetapi begitulah, ada juga cabarannya.

Bersabarlah. Dan nikmatilah percutian anda.

:)







Reactions

Post a Comment

0 Comments