Terminal Jeti Lumut Yang Menguji Kesabaran

Isnin, 1 September 2014.

Hari kedua percutian kami.

Hari yang segar dan penuh bersemangat. Walaupun ada yang masih keletihan.

Biasalah.

Selepas mengisi perut dan mengemas barang-barang di homestay, kami empat sekeluaga pun menuju ke Terminal Jeti Lumut. Sudah tidak sabar mahu bertemu laut. Mahu menjejak tanah di kelilingi lautan.

Pangkor, kami datang!


Terminal Jeti Lumut

Terminal Jeti Lumut

Kami tiba di jeti agak awal. Suasananya masih tenang, tidak huru-hara. Ya, aku memang menjangkakan kesesakan di jeti, berdasarkan pengalaman 13 tahun berulang-alik menggunakan jeti Kuala Perlis. Tetapi jangkaan aku meleset melihatkan keadaan sekitar yang tidak begitu menyesakkan. Jeti di Lumut ini banyak perbezaannya berbanding dengan yang sering aku lihat di Kuala Perlis.

Terminalnya cantik, dan moden.

Kawasan bandar kecilnya nampak tersusun dan kemas, dan aku harus sebutkan ianya sangat "mesra pelancong". Kedai-kedai jualan yang banyak, kedai makan yang pelbagai pilihan dan juga ruang meletakkan kereta yang lebih teratur.

Pihak pengurusan jeti di Kuala Perlis, perlu belajar hal ini!

Sayang. Sudah berjuta-juta orang berkunjung ke jeti Kuala Perlis saban tahun, tapi masih banyak bangunan usang di sekeliling Kuala Perlis. Langsung tidak mahu mengambil kesempatan.


Tiket

Urusan pembelian tiket kami serahkan kepada kakak yang mengetuai rombongan hari ini. Oleh kerana keadaan masih lengang, kami tidak lah terkecoh-kecoh mahu ke dek menunggu. Kami memilih untuk menanti saja kedatangan bot di tempat duduk yang disediakan.

Anak dara
Anak dara

Bergaya
Bergaya

Menanti
Menanti

Mengantuk
Mengantuk

Bila melihat penumpang lain sudah mula bergerak ke dek, kami pun turut sama bergerak menunggu di situ. Tetapi kami tidak terus ke depan, berjalan santai sambil melihat-lihat pemandangan di sekeliling dek.



Dek kapal
Dek kapal

Geng Bujang
Geng Bujang

Bonda
Bonda
Ketibaan bot
Ketibaan bot


Kecewa

Mana tahu, rupanya feri di Pangkor konsepnya sama seperti menaiki bas mini di Kuala Lumpur. Beli tiket, tempat duduknya perlu cari sendiri atau kata mudahnya, berebut! Kami pula menyangkakan feri ini konsepnya sama seperti di Langkawi. Tempat duduk mengikut nombor tiket.

Aduh!

Kecewa betul!

Setelah bersesak-sesak, berebut-rebut, mujur ada tempat duduk untuk kami semua. Tapi, ada juga penumpang yang berdiri hampir sepanjang perjalanan.

Pelik.

Tidak ada prosedur kah?

Untuk ini, jeti Pangkor perlu belajar dengan jeti Langkawi.

Sangat perlu!

Kerana, semasa kami mahu pulang ke tanah besar dari Pulau Pangkor, sekali lagi kami menyebal rasa. Konsep yang tidak menggunakan sistem tiket dan tempat duduk, dan mengaplikasikan idea "siapa cepat dia dapat" itu sangat menyakitkan hati.

Bayangkan.

Rombongan kami ada abah dan emak. Sudah tidak mampu berdiri lama, apatah lagi berjalan lama. Tidak boleh pula bersesak dan berhimpit.

Kemudian, ada pula anak kecil kami yang baru berusia satu tahun. Kepanasan. Rimas.

Anak-anak yang sudah besar juga turut merasa kurang selesa.

Itu kami. Baru kami sahaja. Kami jeling-jeling juga di sebelah kiri dan kanan, masing-masing muka sudah masam mencuka. Mata melingas mencari-cari bot yang entah bila akan sampai, kerana tiada jadual yang tersedia.

Teruk!

Saat itu, aku nekad. Inilah kali terakhir kami ke Pangkor.

Jeti Pangkor
Beratur di Jeti Pangkor
Abah (berkopiah) dan emak di belakang, beratur jauh untuk menaiki bot

Cukuplah sekali pengalaman ini. Walaupun Pangkor ada tarikannya yang tersendiri, memikirkan pengurusan perjalanannya (pengurusan jeti) yang hancur-lebur, cukup untuk aku merumuskan percutian ini tidak berbaloi. Ya, aku mungkin kurang adil kerana terlalu mengikut perasaaan. Aku setuju. Tapi, apa guna percutian kau bersama keluarga yang akhirnya menimbulkan rasa bersalah dan tidak tenang mengenangkan apa yang berlaku kepada abah dan emak?

Percutian, sepatutnya menenangkan.

:(







Reactions

Post a Comment

0 Comments