Mengintai Dari Jauh Tokong Foo Lin Kong, Pulau Pangkor

Tokong Foo Lin Kong, Pulau Pangkor
Selepas melawat Kota Belanda, pemandu teksi kami memaklumkan destinasi seterusnya ialah sebuah tokong.

Ya. Aku tahu tokong ini memang banyak diceritakan semasa aku membuat tinjauan lokasi lawatan di Pangkor melalui internet. Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika ke Pangkor.

Sedikit catatan berkaitan tokong ini.
Situated on the east coast of Pulau Pangkor, the Fu Lin Kong Temple is the biggest Taoist temple in the island. There are a number of Chinese locals in Pangkor Island following Taoist teachings. The temple is the center of worship of Taoism in the island, the religion that follows the teachings of Lao Tze, a great Chinese philosopher. The temple is located in Sungai Pinang Besar village, at the bottom of Pangkor Hill.

Sumber: http://www.gigapan.com

Larangan

Melawat tokong, kuil atau mana-mana rumah ibadat bukan Islam tidak pernah ada dalam perancangan kami sekiranya berjalan-jalan bersama keluarga. Ianya sesuatu "yang dilarang" tanpa perlu beritahu, apatah lagi mahu menerangkan apa sebab-musababnya. Itu bukanlah sesuatu yang ganjil atau pelik.

Adat budaya "sudah begitu".

Tidak.

Aku tidak mahu begitu. Jika diberi peluang dan diizinkan, aku juga mahu turut masuk ke rumah ibadat agama lain. Untuk mengetahui, untuk mempelajari dan mungkin juga untuk memahami. Dan aku juga sudah berkira-kira mahu masuk ke dalam tokong ini.

"Ijam nak masuk kejap"

"Nak buat apa masuk?!"

"Tengok-tengok jap. Ambik gambar."

"Takkan kau nak masuk dalam tokong tu?"

Itu dialog dengan abah sewaktu aku mahu melangkah masuk ke perkarangan laman tokong. Aku tak perlu menjawab soalan abah yang terakhir, kerana aku sudah tahu maksudnya. Seperti yang aku maklumkan di atas, ada perkara yang dilarang tanpa perlu tahu apa sebab-musababnya.

Tidak.

Aku tidak merasakan abah kolot dalam hal ini. Abah hanya menyatakan apa yang dia tahu. Walaupun apa yang abah tahu itu, mungkin sudah tidak relevan, dan aku tidak mahu pula membantah. Abah, hanya tahu apa yang dia tahu. Dan abah hanya memberitahu apa yang aku perlu tahu. Aku turutkan sahaja. Menjaga hati abah, patuh pada abah lebih berbaloi daripada gambar-gambar yang tidak tahu apa lagi hasilnya.

Kolam di depan tokong
Kolam di depan tokong
Pintu Gerbang
Pintu Gerbang

Mungkin lain masa, lain hari.

Kami kemudiannya lebih banyak menghabiskan masa di perkarangan luar tokong ini. Ada gerai-gerai jualan. Ada pelbagai pilihan topi, keychain dan banyak lagi cenderamata.

Pelbagai pilihan fridge magnet
Pelbagai pilihan fridge magnet

Hanim dan atuknya
Hanim dan atuknya

Keychain
Keychain

Sunglasses
Sunglass

Hari sudah semakin panas. Terik matahari menyebabkan baju menjadi lencun kebasahan. Anak-anak pun sibuk sudah mahu masuk ke dalam teksi untuk menikmati udara nyaman dari penghawa dingin. Kami pun bergerak meninggalkan Tokong Foo Lin Kong menuju ke destinasi berikutnya.


ITINERARI PERCUTIAN 2H1M PULAU PANGKOR, PERAK
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)








Reactions

Post a Comment

0 Comments