[Buku] Advantura Pulang Ke Malaya (Badrul Hisham)

July 11, 2015

Advantura Pulang Ke MalayaAdvantura Pulang Ke Malaya oleh Badrul Hisham
Nilaian: 3/5 bintang

Melihat tajuk buku ini, aku sudah tidak berfikir panjang. Apatah lagi, sekali imbas isi buku ini juga punya gambar berwarna. Kisah kembara, ditambah dengan selitan gambar-gambar memang tidak pernah gagal menggoda.

Aku kagum dengan kegigihan anak muda ini. Berpetualang sejauh 11000 km, bagi melunaskan impian yang mungkin mustahil bagi kebanyakkan orang.

Cuma aku agak ralat dengan susunan buku ini. Tidak ada catatan yang lengkap tentang tarikh dan masa. Susunan perjalanan juga tidak teratur. Watak-watak bersama juga muncul tenggelam timbul.

Jadi, aku keliru. Dan perasaan mahu "bersama-sama" untuk mengembara dengan buku ini sedikit mengecewakan. Sayang.

Aku fikir, mungkin buku ini adalah koleksi catatan di blog ataupun FB. Aku lihat, trend sebegini sudah kerap berlaku. Cuma, apabila membukukan blog, penulis perlu sedar tidak semua orang membaca blog/FB. Jadi, perlu sedikit kemaskini agar pembacaan tidak terganggu.

Apapun, tahniah Hisham. Doakan aku juga mampu mengayuh basikal sepertimu, walau hanya dari KL ke Kuala Selangor.

Ulasan buku oleh Sharulnizam

You Might Also Like

0 comments

Press

press