[Buku] Bercakap Dengan Jun (Hasrul Rizwan)

July 18, 2015

Bercakap Dengan JunBercakap Dengan Jun oleh Hasrul Rizwan
Nilaian: 4/5 bintang
Terbitan: DuBook Press
ISBN: 9789671209462

Sudah lama sebenarnya mengidam mahu membaca buku ini. Sampai lah ada iklan daripada ejen dropship, harga yang ditawarkan murah sedikit dari harga kedai. Terus aku beli.

Aku senaraikan apa yang menarik tentang buku ini;

  1. Jalan ceritanya yang menarik. Kisah hidup dan nasib si penyeluk saku. Kisah sayang dan cinta antara dua insan yang tiada pertalian darah. Babak akhirnya, aduhai.
  2. Penggunaan bahasa yang sangat cantik. Metaforanya elok tercatat. Aku suka. Mungkin tidak keterlaluan aku katakan, ada sedikit persamaan dengan gaya tulisan Andrea Hirata.


Yang agak merimaskan;
  1. Kesalahan ejaan yang ketara
  2. Babak-babak atau penceritaan hal-hal "yang itu". Kalau dibuang, tidak menjadi kudis. Buku ini sudah kuat dengan ceritanya.
  3. Perkembangan cerita agak lambat. Untuk 1/3 buku masih berkisar watak utama, itu menimbulkan rasa malas untuk terus membaca.
  4. Watak Munirah yang tidak diketahui apa keperluan kewujudannya.
  5. Gaya bahasa yang cantik sedikit "cacat" bila diselitkan dengan bahasa pasar.


Aku tidak tahu sama ada buku ini ada prekuel atau sekuelnya. Pendapat aku, banyak cerita yang boleh diceritakan lagi. Ada sedikit rasa tidak puas hati kerana, sayang, penulisan begini sangat jarang aku perolehi.

Jun, Ranum, Saigon dan Naurah. Bercakap Dengan Jun adalah naskah yang sangat dicadangkan untuk dibaca.

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press