[Buku] Catatan Seorang Askar (Jasni Md Zain)

July 04, 2015

Catatan Seorang Askar
Catatan Seorang Askar

Catatan Seorang Askar oleh Jasni Md Zain
Nilaian: 4/5 bintang
Terbitan: Neon Terbit
ISBN: 9789671236536

Memandang kulit buku ini membuatkan aku terus ke rak dan tidak pun lama aku menilik, sudah aku ambil keputusan untuk membeli.

Kisah kehidupan seorang askar (laut) dan komando. Dari mula sehingga "selesai".

Aku suka kisah-kisah hidup sebegini. Memoir. Cuma penulisannya santai, lebih "mesra" dengan gaya bahasa orang sekarang.

Kisah Jasni, Kasmidan, Manan, Khalis dan beberapa lagi watak yang mengharungi kehidupan sebagai kadet dan pelatih komando. Kebanyakkannya berkisar hal "ragging" yang sangat sinonim dengan kehidupan anggota berpakaian seragam. Dalam fiem Prebet Badul, ada ditunjukkan adegan ini. Ehehehe! Waktu di pusat latihan, kawan mahupun adik-beradik, sudah "tidak bermakna" sekiranya salah seorang punya "kuasa". Pengalaman Jasni mengiakannya.

Cuma bagi aku, buku ini masih ada sedikit kekurangan. Hanya bercerita pahit getir, lebih molek jika dimasukkan sedikit ransangan menggalakkan anakk muda menyertai tentera. Sedikit motivasi. Jasni sendiri tahu, anak muda sekarang sudah manja.

Macam aku. Aku pun masuk PBSM tau! Malas kawad/aktiviti punya pasal. Ehehehe! Tapi Form 4, aku masuk Kelab Kembara.

Ulasan buku-buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press