[Buku] Tora Datang Lagi (Amirul Bozu)

July 13, 2015

Tora Datang LagiTora Datang Lagi oleh Amirul Bozu
Nilaian: 4/5 bintang
Terbitan: Dubook Press
ISBN: 9789670723198

Ini buku kedua Amirul Bozu yang aku baca. Membuat perbandingan ringan, aku lebih sukakan Kechai. Kechai lebih santai. Dan menyeronokkan.

Tetapi tidak bermakna Tora Datang Lagi (TDL) mengecewakan. Seperti Kechai, buku ini juga banyak mengimbas kenangan lalu. Lebih banyak, dan lebih tebal. Dan, aku boleh katakan hampir 95% isi cerita Amirul ini, aku sendiri pernah alami.

Tersengih-sengih juga.

Cuma aku ini mungkin lebih awal dari Amirul, ada juga perkara yang masih aku ingat dan juga agak biasa pada zaman aku, tidak ada dalam buku TDL ini.

Itu tidak menjadi hal.

Aku bercadang, buku ini akan aku balut. Untuk bertahan lebih lama. Kalau panjang umur, 20 tahun lagi aku mahu ulang baca buku ini.

Bersama cucu. :)

*Amirul, chapter "Muzik" itu, aku hairan nama Ramlah Ram, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza langsung tak tersenarai. Ngetop tu!

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press