Hi, Syahrul Rizuan!

July 28, 2015

www.syahrulrizuan.my
www.syahrulrizuan.my

Entri ini khusus untuk pemilik domain www.syahrulrizuan.my.

Atau nama penuh pemiliknya, MOHAMAD SYAHRUL ANUAR MOHD RADZUAN.

Hai! Selamat hari raya.

Hihihihihi!

Entah macamana, hari ini tergerak hati untuk melihat statistik blog. Dan, pada ruangan "Traffic sources", terlihat domain ini tersenarai antara penyumbang hits.

Traffic source petai.net
Traffic source petai.net

Maka, aku pun mahu melihat siapakah empunya website yang sudi meletakkan link ke blog ini.

Iyalah, orang berbudi kita berbahasa.

Mahu juga membalas jasa. Maklumlah, penyumbang tambahan hits.


Palagiat

Alangkah terkejutnya, rupa gaya laman web ini sangat serupa dengan laman web www.petai.net ini. Setiap inci, setiap ruang. Tidak ada langsung perbezaan, kecuali nama domainnya.

Palagiat
Palagiat

Kejahatan apakah ini?

Maka, dengan berinspirasikan kegigihan pasukan CSI yang mahu membongkar kemusibatan di siang hari ini, aku menyiasat (dengan batas-batas pengetahuan yang terhad).

Sahih!

Pemilik domain ini, menggunakan jalan mudah untuk mengaktifkan domainnya. Hanya dengan beberapa baris kod aturcara, segala isi kandungan website petai.net menjadi "miliknya".

Source code
Source code


Ah!

Nakal sungguh perbuatanmu itu, wahai tuan.

Tidakkah kau rasa bersalah berlaku demikian? Tidakkah kau tahu, betapa sukar aku menaip setiap kata dan perkataan di dalam blog ini? Tidakkah kau mahu berusaha sendiri?

Luka pokok getahku ditoreh orang, masih belum sembuh.

Luka daunku disunting orang, masih berdarah.

Kau tambah lagi dengan kelukaan baru.

Aduhai!



You Might Also Like

0 comments

Press

press