Duit raya

August 03, 2015

Di Malaysia ini, sudah meresap menjadi budaya amalan bersedekah (selalunya dalam bentuk duit) semasa meraikan Syawal.

Duit Raya.

Ianya bukan wajib, tetapi sudah menjadi budaya sejak dahulu lagi. Menjadi sebahagian perkara-perkara utama dalam menyambut kemeriahan aidilfitri. Dan, kanak-kanaklah yang paling gembira kerana mereka ini jugalah penerima "wajib" duit raya ini.

Aku? Semenjak mula bekerja pada penghujung tahun 90-an, hilang sudah kelayakan untuk menerima, sebaliknya dinaiktaraf sebagai pemberi. Ini lumrah yang sudah menjadi standard. Sudah bekerja, sudah ada pendapatan sendiri, inilah masa untuk memberi.

Dan, kita sebenarnya tidak akan miskin dengan memberi. Kecil atau besar, jangan dikira dan diambil peduli. Ikhlaskan hati, bersedekah kerana Allah, nescaya ada kebahagian yang menghampiri.

Pelbagai warna angpau
Pelbagai warna "angpau"

Pelbagai saiz
Pelbagai saiz

Nilai isinya juga pelbagai
Nilai isinya juga pelbagai

Selingan supaya tak mengganggu
Selingan supaya tak mengganggu

Mine!
Mine!

Alhamdulillah.

"Hasil" duit raya anak-anak tahun ini lebih kurang sahaja seperti tahun-tahun yang lepas. Berapapun jumlahnya, kami terima seadanya.

"Setiap ringgit, setiap sen yang anak-anak kami terima, kami doakan semoga pemberinya sentiasa mendapat rahmat dan berkat dunia akhirat daripada Yang Maha Esa. Semoga Allah ampunkan dosa mereka dan keluarga, semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat yang terbaik untuk mereka, dan semoga mereka dna kami sentiasa dalam hidayah-Nya."

Amin.

You Might Also Like

0 comments

Press

press