[Buku] Kunang Pesisir Morten (Raiha Bahaudin)

August 17, 2015

Kunang Pesisir Morten oleh Raiha Bahaudin
Kunang Pesisir Morten

Kunang Pesisir Morten oleh Raiha Bahaudin


Sudah beberapa kali buku ini saya tunda pembacaannya. Dan ternyata penundaan itu tidak saya sesali, kerana saya kembali ke "alam membaca" selepas beberapa peristiwa yang sedikit menyedihkan, juga memenatkan. Buku ini saya selak selepas keadaan sudah tenang.

Berbaloi.

Membaca buku ini, kau perlukan suasana yang dapat mencipta rasa hanyut dan tenang, menelusuri kisah Dhiya, Adi, Lim dan beberapa watak lain di Kampung Morten. Hebat. Pengembaraan imaginasi yang diselitkan fakta, membuatkan saya "terpaksa" mencari di internet untuk mengesahkan apa yang dicatat. Mengujakan. Daya imaginasi penulis Raiha Bahaudin ini tidak harus dipandang enteng.

Penulis bernaratif dengan dialog yang minimal, membahasakan dirinya sebagai Adi, walhal saya kira "watak penulis" yang sebenarnya ialah Dhiya. Ini hanya telahan saya berdasarkan pemahaman sendiri.

Unsur-unsur penyiasatan, kesetiaan persahabatan, penyatuan kaum, drama Melayu yang klise yang diolah menjadi "sedap" (isteri ditinggal suami, hidup kais pagi makan paugi, watak kampung si batu api), fakta sejarah, seni yang dihargai dan pelbagai lagi digarap sangat cantik.

Penerangan hal opera Cina itu sangat mengujakan. Seumur hidup saya, hanya melihat sahaja tanpa ada perasaan ingin tahu. Raiha menerangkan, dan dalam "keterpaksaan" saya tetap membacanya. Ah! Buku ini bukan kosong!

Saya juga paling suka bila Raiha menggunakan perkataan "mulut Melaka" dan "perempuan Melaka" untuk menyifatkan kelakuan ibu Adi. Hahaha! Lucu!

Keseluruhannya, buku ini sangat bagus. Kebijaksanaan wujud, tidak hanya bermain perasaan. Dan entah kenapa, saya membayangkan kisah Laskar Pelangi semasa membaca buku ini. Ada baunya, ada rasanya. Mungkin buku-buku Andrea Hirata sudah menjadi candu, saya perlu segera mencari penulis lain untuk dipelbagaikan. Raiha Bahaudin sudah tentu saya masukkan ke dalam senarai!

Ulasan buku yang lain





You Might Also Like

0 comments

Press

press