RunWithUs 2015

August 19, 2015

Ah!

Tahun 2015 ini, mencatat satu lagi tanda aras dalam sejarah hidup seorang manusia yang beruban rambutnya, kacak rupanya.

Sayalah, siapa lagi?

#jelirlidah
#kenyitmata

Sesuatu yang tidak pernah dijangka, tidak pula pernah dijadikan cita-cita, akhirnya menjadi sesuatu yang sangat membanggakan.

Tanggal 16 Ogos 2015 bertempat di Dataran Putrajaya, saya mencatat satu detik rekod peribadi yang pasti menjadi kenangan teragung. Saya ini, yang berat badannya sudah melebihi sukatan normal, berjaya melakukan larian sejauh lima (5) kilometer di Putrajaya, bersempena acara RunWithUs. Termengah-mengah, dan lidahnya terjelir ke lantai (okay, ini tipu) namun demi menamatkan apa yang sudah dimulakan, saya gagah bergaya menyeret kaki ke garisan penamat.


RunWithUs 5KM
E4920
At the Starting Line
Group photo: Before
Oh Shoes! Behave!
With Salleh

Alhamdulillah.

Masih bernafas dan tubuh badan berkondisi baik. Jejeran peluh yang membakar lemak degil memercik meriah meraikan kemenangan syahdu ini, bagaikan riang ria bunga api di malam kemerdekaan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut bersama, kerana itu pemangkin semangat. Ingat, ini bukan pertandingan antara kita, tetapi lebih kepada cabaran untuk diri sendiri.

Mencabar diri sendiri.

Agar tidak kekal selesa di zon mewah.

Baik!

First Medal in 2015
Wefie
RunWithUs 2015
While waiting for the rest
DIY Cert
Group photo : After
Friends from KMKN
Friends from IT Dept
Ex KM Unit Team Members
Crowd for Lucky Draw
The Bapaks
Gen Z


Akan ada lagi larian daripada seorang jejaka beruban tampan ini.

Insya-allah.

Larian seorang jejaka tampan beruban
Larian seorang jejaka tampan beruban (Gambar dar FB Running Malaysia Magazine)

You Might Also Like

0 comments

Press

press