Tahi Ayam Si Marigold

August 21, 2015

Itu nama bunga.

Ya. Satu nama England, satu lagi nama Melayu.

Yang England, namanya baik sahaja. "Gold" itu bermaksud emas. Mungkin melihat kepada warnanya yang gilang-gemilang menyinar bagaikan emas.

Tiba di Tanah Melayu, namanya bertukar menjadi Tahi Ayam. Kerana di bumi indah ini, bukan hanya memandang kepada cantik, tetapi juga baunya. Ya. Bau bunga ini yang busuk, seperti tahi ayam lah diibaratkannya.


Kelopak Bunga Tahi Ayam
Bunga Tahi Ayam Kuning dan Jingga
Orange and Yellow Marigold
Marigold
Bunga Tahi Ayam
Taman Bunga Tahi Ayam

Bijak. Ini bijak.

Bijak?

Kenapa saya katakan bijak?

Ya. Bukankah ini mengajar kita tentang hidup.

Yang baik/indah bagi orang lain, tidak semestinya indah bagi kita juga.

"Gold" di sana, "tahi" di sini.






#####
*Perkataan "England" merujuk kepada bahasa Inggeris.

You Might Also Like

0 comments

Press

press