Friday, 30 October 2015

thumbnail

Zoo Melaka

Selama ini jika mahu ke zoo, hanya Zoo Negara lah tujuannya. Ialah, lokasinya sudah dekat dengan rumah. Sedari kecil, sehingga sudah punya anak sendiri tidak pula saya tahu sudah berapa kali saya menjejak kaki ke taman haiwan itu. Saya juga tahu ada zoo di lain-lain negeri, tapi saya anggap zoo yang lain-lain itu tidak ada tandingannya dengan Zoo Negara.

Walhal, belum pernah pun menjejak kaki.

Sehinggalah tahun 2011, rakan-rakan sepejabat mahu ke Melaka untuk sesi bergambar. Tahun itu, kami masing-masing sudah gila isim mahu bermain kamera. Melaka dipilih berdasarkan lokasi yang dekat (dengan Kuala Lumpur) dan objek fotografi yang lebih pelbagai.

Dan lokasi pertama kami hari tersebut ialah Zoo Melaka. Faktor lokasi yang berhampiran dengan susur keluar lebuhraya PLUS juga memainkan peranan.

Tiket

Berbanding dengan harga tiket Zoo Negara, harga tiket di Zoo Melaka agak jauh lebih murah. Harga tiket ketika itu (ingat-ingat lupa) sekitar RM12 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak. Itu harga tahun 2011, ya. Sebentar tadi saya semak di laman web Zoo Melaka, untuk tahun 2015 harga tiket adalah seperti berikut;

Dewasa RM 17.80
Kanak-kanak  RM 7.10
Warga Emas RM 7.10

Hmmm! Agak banyak juga peningkatannya berbanding harga lima tahun yang lepas. Faktor kos penyelenggaraan yang semakin meninggi, barangkali.

Kami hanya berjalan kaki, tidak langsung menggunakan perkhidmatan tram. Ialah, katanya sesi fotografi, apa nikmatnya fotografi jika menaiki tram? Ehehehe!

Di bawah ini ialah hasil "tangkapan" saya.

Oh! Maafkan saya jika entri ini menggunakan data internet tuan-puan yang keterlaluan. Eheh! Banyak gambar.

The Burung

Kakak Tua
Kakak Tua
Burung Hantu
Burung Hantu
Pergam Rawa
Pergam Rawa
Helang Siput
Helang Siput
Blue-throated Macaw
Blue-throated Macaw
Hantu Carek Kafan
Hantu Carek Kafan
Kakak Tua
Kakak Tua
Burung Hantu
Burung Hantu
Cenderawasih
Cenderawasih
Enggang
Enggang
Cenderawasih
Cenderawasih
Kelawar
Kelawar


Lain-lain

Tupai
Tupai
Tupai
Tupai
Pygmy Marmoset
Pygmy Marmoset
Harimau Dahan
Harimau Dahan
Iguana
Iguana
Rusa Paya
Rusa Paya
Kancil
Kancil
Harimau Kumbang
Harimau Kumbang
Harimau Belang
Harimau Belang
Rusa
Rusa
Harimau Bintang
Harimau Bintang
Gayut
Gayut
Rusa Timor
Rusa Timor
Minum
Minum
Mandrill
Mandrill


Ini antara gambar yang ada. Banyak lagi, tetapi cukup lah dengan ini dahulu.


2012

Sekali lagi saya ke zoo ini tetapi bersama dengan keluarga pula. Oleh kerana jarak masa lawatan saya yang terdahulu tidaklah begitu jauh, jadi tidak banyak perbezaan yang ada.

Cuma gambar bersama keluarga sahaja yang ada. :)
Keluarga saya
Keluarga saya

Secara keseluruhannya, Zoo Melaka tidak banyak bezanya berbanding dengan Zoo Negara. Maksudnya, suasana dan keselesaan. Kalau mahu membandingkan jumlah haiwan dan kemudahan, pasti ada perbezaan yang ketara. Tetapi yang ada ini sudah cukup memadai. Kami tidak berkesempatan untuk melihat acara persembahan haiwan kerana kesuntukan masa.

Mungkin lain kali.





Thursday, 22 October 2015

thumbnail

Sailor's Rest, Janda Baik

Sailor Rest, Janda Baik
Sailor Rest, Janda Baik

Bulan April yang lepas, jabatan tempat ummi bekerja mengadakan Hari Keluarga.

Saya ini menumpang kasih lah, sebab "keluarga" saya di pejabat sangat sibuk. Sudah enam tahun bekerja di situ, tidak pernah "keluarga" saya mempunyai hari untuk diraikan.

:)

Sailor's Rest, Janda Baik

Kami antara yang awal tiba di tempat acara yang bakal berlangsung. Janda Baik bukan kawasan asing bagi kami. Saya sendiri sedari kecil sudah kerap berulang-alik ke kawasan sejuk negeri Pahang ini untuk berkelah bersama keluarga. Ya, berkelah. Sungai di kawasan tanah tinggi ini sangat bersih, jernih, sejuk dan dikelilingi hijau rimba yang sangat menenangkan. Jaraknya memerlukan kurang lebih 45 minit pemanduan dari rumah sampailah ke tapak perkelahan. Perjalanan yang sangat sekejap sebenarnya, menjadi perlahan disebabkan perlu memandu mendaki bukit!

Lokasi Hari Keluarga ini merupakan satu kawasan yang agak baru bagi kami. Letaknya lebih jauh ke hulu, sedangkan kami sering memilih kawasan yang lebih hilir untuk berkelah. Nasib juga boleh memandu terus ke sini, walaupun perlu melalui jalan yang tidak berturap. Cuaca juga sangat baik, jika hujan jenuh juga mahu sampai ke tapak acara.

Oleh kerana kami tiba agak awal, jadi kami antara yang pertama merasmikan juada sarapan pagi. Tidak semewah mana, tapi cukup untuk mengenyangkan perut. Tetapi percayalah, kenyang perut itu tidak seberapa untuk dibandingkan nikmat mengecapi suasana segar pagi di Sailor's Rest ini.

Sekitar kawasan restoran
Sekitar kawasan restoran
Sementara menunggu kehadiran peserta yang lain, kami mengambil kesempatan untuk melawat keliling resort yang kehijauan. Ditemani puan punya resort (saya agak begitu berdasarkan ketrampilan beliau), kami ditunjukkan pilihan-pilihan penginapan yang ada sekiranya ingin bermalam di sini. Saya ingat-ingat lupa, sama ada ianya hanya khusus untuk tempahan secara besar-besaran (seperti hari keluarga) sahaja. Maknanya, jika hanya satu keluarga sahaja ingin menginap, pihak resort tidak keberatan untuk menerima. Maafkan saya jika maklumat ini salah, sebaiknya boleh hubungi pihak resort untuk pengesahan.

Yang paling menarik perhatian saya ialah glamping, yakni khemah besar yang disusun sepanjang sungai dan boleh memuatkan sebuah keluarga dengan selesa.

Glamping
Glamping
Chalet Kampung Style
Chalet Kampung Style

Tandas
Tandas moden dan bersih

Terdapat beberapa lagi jenis penginapan selain daripada glamping. Ada gaya kampung, moden dan juga banglo. Terpulang kepada selera masing-masing.


Sekitar

Oleh kerana acara masih belum bermula, kami mengambil peluang untuk melawat keseluruhan kawasan. Sudah tentu, kami mengambil peluang untuk bergambar.

Bunga yang berwarna-warni
Bunga yang berwarna-warni

Pisang Merah
Pisang Merah?

Bersama Hafiz
Bersama Hafiz

Lari
Lari

Sukaneka

Kami kemudiannya memulakan acara dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Zamani, ketua jabatan yang diraikan. Beliau bakal berpencen dan majlis ini juga diadakan sebagai majlis perpisahan. Selanjutnya, pelbagai permainan yang melibatkan semua peserta termasuk anak-anak.

Saya?

Lebih banyak memerhati dan bergambar. Sempat juga menidurkan sibujang yang keletihan.

Mendengar taklimat
Mendengar taklimat

Music Chair
Music Chair

Baling selipar kanak-kanak
Baling selipar

Baling selipar dewasa
Baling selipar dewasa

Model suratkhabar
Model suratkhabar

Sesi ujian dan permarkahan
Sesi ujian dan permarkahan

Peserta cilik
Peserta cilik

Rebut gula-gula
Rebut gula-gula

Penutup

Sebelum bersurai, kami berkumpul sekali lagi untuk ucapan perpisahan dan juga penyampaian hadiah. Matahari semakin garang tetapi kami tenang sahaja dengan suasana sejuk di Sailor Rest. Sebelum bersurai, kami menjamu selera sekali lagi dan untuk anak-anak, sudah tentu mereka menagih upah untuk berendam.

Layankan saja.

Sailor's Rest menarik untuk dikunjungi dan juga bermalam. Kalau diberi pilihan, saya mahu mencuba glamping yang besar itu. Entahlah. Tunggulah kalau ada yang mahu menganjurkan hari keuarga lain.


*****
Sailor's Rest Resort
Lot 8592, Lorong Dato Panglima
Kg. Sg. Lurau, Janda Baik
28750 Bentong, Pahang
Malaysia

Website: http://www.sailorrest.com
Phone (HP): 6012-360.9227 (Hashim)
Phone (Home): 603-4292.7036
E-mail: sailorest.jandabaik@gmail.com





About