[Buku] Travelog Mr. Traveller (Meor Farid Asyradi)

October 13, 2015

Travelog Mr. Traveller
Travelog Mr. Traveller
(Sumber gambar; https://bookcafe.com.my)
****

Travelog Mr. Traveller oleh Meor Farid Asyradi
Nilaian: 5 bintang

Saya sudahpun memegang buku ini ketika di PBAKL tempoh hari. Sekali lalu, saya melihat fizikal buku ini tidak begitu menarik. Muka depannya boleh diterima, tetapi bahagian dalamnya (font tulisan) "membantut" kan selera saya daripada membeli. Tak berkenan.

Sebenarnya, itu alasan.

Saya terpaksa berkira-kira dengan duit yang ada kerana banyak buku yang mahu diborong. Akhirnya saya tinggalkan kembali buku ini di rak. Dengan rasa serba salah.

Kemudian, buku ini banyak diperkatakan orang dalam dunia media sosial. Saya sebal. Akhirnya saya beli juga. Malangnya belum sempat saya baca, sudah dipinjam pula kawan di pejabat.

Dua bulan!!!

Dan hari ini, setelah berulangkali mengingatkan, saya membaca buku Meor Farid Asyradi ini dalam tempoh satu hari sahaja.

Perjalanan yang mengujakan. Lengkap dengan maklumat yang berkaitan. Mr Traveller ini memang serius dengan kembaranya. Persediaannya sangat utuh semenjak awal. Tidak saya nafikan, buku ini antara buku travel yang terbaik (terbitan tempatan) yang saya baca.

Oh! Tidak ada kesalahan ejaan atau perkara-perkara "remeh" yang lain.

Penceritaanya sarat dengan "fakta", dan sesekali dimasukkan dengan emosi yang menambah rasa dalam pengembaraan ini. Ya, saya masih juga mahu membandingkannya dengan buku-buku Ustaz Hasrizal yang saya "taksub"kan (dalam hal pengembaraan). Tetapi saya sedar ianya tidak adil. UH menulis seimbang dengan pengembaraan spritual dan fizikal, sesuai dengan latarbelakangnya. Manakala Mr Traveller (saya kurang pasti apa kerjanya) dengan gayanya sebagai anak muda (tetapi banyak mengembara!).

Saya cemburu dengan keberanian, keyakinan Mr Traveller. Banyak saya belajar daripada penceritaan beliau. Beliau muda umurnya, luas pengalamannya.

Tahniah.

Semoga ada lagi buku-buku daripada beliau.

Ulasan buku yang lain


***
Kemaskini 30 April 2015. Berpeluang bergambar dengan tuan punya buku ini di PBAKL (MAEPS).


Bersama penulis Travelog Mr Traveller, Meor Farid
Bersama penulis Travelog Mr Traveller, Meor Farid

You Might Also Like

0 comments

Press

press