Lorong Kenangan Payang, Kuala Terengganu Mesra Instagram

Oleh kerana urusan kami di Pasar Payang selesai awal, kami memutuskan untuk menunggu ahli keluarga yang lain di dalam kereta sahaja. Lagipun, Hafiz sudah kegelisahan semenjak dari tadi. Di dalam kereta boleh juga si kecil ini berehat sambil mengisi perut.

Tetapi saya sudah ada rancangan sendiri. Ketika sesat mencari ruangan parkir sebelum ke Pasar Payang, mata saya sempat menjeling keliling melihat kawasan sekitar. Di satu laluan, saya ternampak papan tanda "Lorong Kenangan Payang" di suatu penempatan Cina. Dan saya sudah cam lokasinya, hanya beberapa ratus meter sahaja dengan Pasar Payang.

Bertiga dengan anak-anak dara saya, kami menuju ke lorong kenangan ini.

Lorong Kenangan Payang



Lorong ini benar-benar sebuah lorong. Satu laluan di antara dua bangunan yang bersebelahan. Dan dinding-dinding lorong ini, dihias dengan lukisan-lukisan mural yang menceritakan sesuatu. Sebaik melangkah masuk, kami teruja melihat payung-payung yang berwarna-warni di sangkut berselang-seli warna menghiasi "bumbung" lorong. Ini sebenarnya agak biasa, kerana saya sering melihatnya di internet. Tetapi tetap terasa keterujaannya apabila melihat di depan mata sendiri.



Dinding lorong ini dilukis dengan hal-hal berkaitan Terengganu. Untuk meneliti satu persatu, aku kekejaran masa. Jadi hanya sempat dirakam dengan lensa.



Yang menariknya, ada antara bahagian deretan bangunan kelihatan agak usang berhampiran dengan lorong ini. Sesuai untuk dijadikan latar bergambar. Apa lagi, saya dan anak-anak memodelkan diri lah!



Hihihihih! Sekali-sekala abah pun nak melaram.

Kami bergambar lagi di sekitar lorong ini dan tidak dapat berlama-lama. Jadi nasihat saya, luangkan sedikit masa sekiranya mahu bergambar dengan latar belakang yang menarik ini.



<< Sebelum
Pasar Payang
Seterusnya >>
Muzium Terengganu








Reactions

Post a Comment

0 Comments