Masjid Kristal, Terengganu

November 26, 2015

Dari Muzium Negeri, kami menghala ke Taman Warisan Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Ada dua hajat kami di sini; pertama mahu melawat dan juga menumpang solat di Masjid Kristal. Kedua, kami mahu ke Taman Tamadun Islam.

Sayangnya, kami sudah kesuntukan masa untuk ke Taman Tamadun Islam. Tambahan pula harga tiketnya yang agak membocorkan poket. Tidak mengapalah, mungkin lain kali sahaja. Abah dan emak pun sudah keletihan berjalan seharian. Jadi, kami hanya solat dan berehat di Masjid Kristal.

Masjid Kristal

Masjid Kristal
Masjid Kristal

Selama ini hanya melihat di kaca televisyen. Ketika bertugas di Terengganu sekitar tahun 2008, masjid ini saya hanya lihat dari kejauhan di dalam kereta. Tidak punya masa untuk diselitkan untuk melawat. Jadi, sudah tentu bila merancang mahu ke Terengganu, masjid ini dimasukkan ke dalam senarai wajib pergi.

Kami bernasib baik mendapat parkir kereta yang agak hampir dengan perkarangan masjid. Keadaan agak sesak dengan orang ramai, agak jelas kebanyakkan yang datang berkunjung adalah keluarga yang bercuti seperti kami.

Kami terus ke masjid untuk menunaikan Zohor yang sudah berlalu lama. Masing-masing sudah berjanji hanya mahu singgah sebentar sahaja, jadi kami setuju untuk menjamakkan terus solat Zohor dan Asar. Ruang solat dan ruang berwuduk yang terasing agak jauh sedikit menyukarkan pergerakan, tertutamanya bagi kaum ibu. Ruang dalam masjid juga tidaklah terlalu besar, boleh memuatkan jemaah seramai 700 orang dalam satu-satu masa.

Corak dinding
Corak dinding
Ruang solat imam
Ruang solat imam
Mimbar
Mimbar
Oleh kerana sudah berjanji mahu segera pulang, kami pun tidak berlama-lama di dalam masjid. Tambahan pula waktu Asar sudah semakin hampir dan orang ramai sudah memenuhi ruang masjid.

Mana tahu, kami "tersadai" di tepian masjid untuk melepas lelah selepas seharian berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu.

Tebalkan lah muka melihat orang berpusu ke masjid, kami tersandar keletihan melepaskan lelah.

Cerah

Biru langit hari itu dan terik matahari, menyerlahkan sinar kristal masjid ini. Cuaca sangat bekerjasama dan lensa kamera tanpa segan-silu tidak henti-henti menjalankan tugas hakiki. Kami langsung tidak melawat ke kawasan sekitar kerana benar-benar kehabisan tenaga, jadi tidaklah saya tahu apa yang menarik di sekitar ini. Tercari-cari juga kalau ada penjaja aiskrim, namun tidak ternampak pun kelibat tong sejuk yang menyimpan aiskrim pelbagai perisa.

Jadi, biar sahaja kamera yang terus bercerita. Saya mahu berehat sambil menikmati tiupan angin Laut China Selatan.

Menara
Bahagian luar
Kristal

Dan yang pasti, kenangan bersama yang tersayang wajib dipotretkan.

Bersama yang tersayang
Bersama yang tersayang
Permata hati
Permata hati
Kena gulai
Kena gulai
Lepas
Lepas

Kami meninggalkan Pulau Wan Man selepas segala urusan wajib diselesaikan.

Entah bila lagi akan menjejak kaki ke sini, tiada siapa yang tahu.




<< Sebelum
Muzium Terengganu
Seterusnya >>
Masjid Ulul Albab, Jertih



You Might Also Like

0 comments

Press

press