Tahniah, abang Haris!

November 17, 2015

Abah dan Haris
I am a proud father, you remember that Haris!

Sudah abah katakan dari awal, abah tidak kisah dengan keputusan peperiksaan Haris. Sebab abah tahu, Haris ada usaha. Dan abah nampak usha itu. Usaha itu yang abah kagum, yang abah hargai. Tanpa ada rasa mahu berusaha, apa yang abang dapat hari ini mungkin tidak berbaloi.

Tapi itulah. Abang memang berusaha.

Keputusan peperiksaan ini bukan penentu masa hadapan. Masih ada lagi ruang untuk diperbaiki. Selaga ada kemahuan, selagi itu ada jalan.

Oh ya!

Bukan abah saja ya yang menyokong. Ingat, ummi juga sentiasa mendoakan abang (dan adik-adik) semoga cemerlang dunia akhirat.

Teruskan ya abang.

Semoga berjaya dunia akhirat.

You Might Also Like

0 comments

Press

press