Jawi Keyboard (Melayu)

December 27, 2015

Saya sesekali teringin juga menulis menggunakan tulisan jawi. Selain mahu mahu melancarkan kembali pembacaan (dan mengeja), ini juga salah satu usaha kecil saya untuk bersama-sama mengembalikan jawi dalam dunia penulisan orang Melayu.

Keyboard Jawi Melayu
Keyboard Jawi Melayu

Menggunakan telefon pintar masa kini, sebenarnya sudah ada pemalam (plugin) tulisan jawi, namun tidak mesra dengan bahasa Melayu. Huruf-huruf seperti "cha", "pa" dan "nga" yang sering digunakan tidak ada, jadi pemalam sedia ada ini tidak membantu.

Alhamdulillah.

Hasil carian saya sebentar tadi, sebenarnya sudah ada papan kekunci jawi yang mesra bahasa melayu.

ڠ ڤ چ

Yeay!

Saya sudah boleh menaip menggunakan tulisan jawi!

Saya kongsikan cara-caranya;

  1. Panduan ini untuk telefon bersistem operasikan Android.
  2. Buka Google Play.
  3. Cari "Multiling O Keyboard + emoji" dan install. Ikut langkah-langkah seterusnya seperti yang diarahkan.
  4. Setelah berjaya diinstall, buka apa-apa aplikasi dan pastikan papan kekunci keluar di skrin. Tekan kekunci spacebar agak lama, satu skrin pemilihan "language", "keyboard" dan lain-lain akan keluar.
  5. Gerakkan jari secara "slide" ke butang "Language", dan lepaskan di situ. Satu paparan skrin baru akan keluar dan pelbagai jenis bahasa ditawarkan. 
  6. Pilih "Middle Eastern/Central Asian" dan paparan skrin seterusnya pilih "Malay". Install seperti biasa.
  7. Siap.

Multiling O Keyboard + emoji
Multiling O Keyboard + emoji



 !سلامت ماسوق جاوي

!هى هى هى

You Might Also Like

0 comments

Press

press