Cabaran Membaca 2015

January 09, 2016

Tahun 2015, mencatat satu lagi kenangan manis dalam sejarah hidup. Sasaran yang saya tetapkan iaitu membaca sebanyak 50 buah buku, sudah pun tercapai. Malahan, sudah berlebihan.

Ya. Ini cabaran peribadi. Yang sangat kecil. Bukan mahu bertanding dengan sesiapa. Hanya salah satu usaha mencabar diri.

Melalui aplikasi Goodreads, berikut merupakan "rumusan" pembacaan saya sepanjang 2015.

Jumlah bacaan 2015
Jumlah bacaan 2015
Buku nipis versus buku tebal
Buku nipis versus buku tebal
Populariti buku
Populariti buku
Buku  paling hot untuk bacaan 2015
Buku  paling "hot" untuk bacaan 2015
Koleksi bacaan 2015 1
Koleksi bacaan 2015
Koleksi bacaan 2015 2
Koleksi bacaan 2015
Koleksi bacaan 2015
Koleksi bacaan 2015


Cabaran 2016

Untuk tahun 2016, saya menetapkan hanya peningkatan 10 buah buku berbanding sasaran 2015. 60 buah buku sahaja. Dan saya sudah ada lebih kurang 50 buah buku di rak rumah yang masih belum dibaca. Pesta buku yang akan datang, moga-moga saya tidak terlanjur membeli lagi.

Ya lah tu!

Berbalik kepada sasaran 2016, buat masa ini saya mahu;
  1. Membaca 60 buah buku
  2. Seperlima daripada jumlah itu (12 buah buku) mesti berbahasa Inggeris. Itu bilangan minima.
Semoga saya berjaya!

Dan jika ada yang bertanya, bagaimana mahu "mula" membaca, ataupun "mengekalkan" momentum membaca, saya tidak ada formula yang khusus. Tetapi sedikit sebanyak cacatan entri saya sebelum ini, mungkin boleh memberi sedikit panduan.


11 tips meluangkan masa untuk membaca


Selamat membaca!

You Might Also Like

0 comments

Press

press