Tiga Kilometer

January 07, 2016

"Penat tak?"

Dia tersenyum. Lidah sedikit terjelir. Itu sudah cukup untuk menjawab soalan saya. Saya pun sudah mengagak begitu.

Tentulah.

Siapa yang tak penat mengayuh mendaki bukit. Dua kali pula! Beg pula tergendong di belakang.

Haris menyorong basikal hitam yang saya belikan sekitar setahun yang lalu. Perlahan-lahan basikal itu diparkirkan di luar rumah. Sempat saya gosok kepalanya sambil tersenyum.

Kacak. Berbaju rasmi sekolah menengah. Baju putih dan seluar hijau. Bertalileher juga.

Kasihan.

Ya. Kasihan sibujang abah dan ummi. Kelmarin hari pertama anak teruna ini mengayuh basikal ke sekolah. Sudah bersekolah menengah, terpaksalah ke sekolah sendiri tanpa ada sesiapa yang menghantar. Jadualnya yang berlainan, agak sukar mahu menaiki bas sekolah Pak Long. Jalan kaki, jauh juga. Naik bas awam? Masih perlu berjalan kaki ke jalan utama, yang jaraknya satu pertiga daripada jarak keseluruhan ke sekolah. Sudahnya, basikal lah pilihan terbaik.



Bukit Pertama
Bukit Pertama

Bukit Kedua
Bukit Kedua

Tidak mengapalah. Tiga kilometer bukannya jauh. Abah juga begitu dahulu. Tidak berbasikal, tetapi berjalan kaki.

Tiga kilometer.

Tiga kilometer bukanlah jauh, abang.

Ilmu yang dikendong nanti, bakal membawa abang Haris mengembara lebih jauh. Tuntutlah ilmu sebaiknya, ya.

You Might Also Like

0 comments

Press

press