Tukar DNS Unifi

February 06, 2016

Ini entri palagiat.

Kerana, saya sudah malas mahu mencari-cari lagi pada masa akan datang (sekiranya perlu). Jadi, saya putuskan untuk menyalin semula entri ini dari blog yang saya jumpa.


Isu?
Menukarkan tetapan DNS Unifi saya kepada DNS yang lebih "diyakini".


Caranya?

  1. Buka browser di PC
  2. Taipkan URL http://192.168.0.1/
  3. Login masuk menggunakan ID berikut;
    • Username: operator
    • Password: h566UniFi 
  4. Klik Setup > WAN
  5. Pada jadual yang sedia, lihat pada lajur Protocol dan cari "PPPoE" (biasanya pada baris yang pertama). Pada baris yang sama, lihat pada lajur Action dan klik pada ikon "Edit".
  6. Skrol ke bawah dan cari bahagian DNS.
    1. Domain Name Server Assignment; Tukarkan tetapan daripada Auto ke Manual.
    2. Domain Name Server (Primary) IP; 8.8.8.8 
    3. Domain Name Server (Secondary ) IP; 8.8.4.4
  7. Skrol ke bawah dan tekan butang Apply.
  8. Selesai.

Langkah-langkah ini sudah saya buat dan berhasil. Kredit entri ini harus diberikan kepada saudara Hafiz Rahim melalui entri beliau yang bertajuk Tukar DNS Unifi (Router RG-Innatech RG4332).

Terima kasih daun keladi.

You Might Also Like

0 comments

Press

press