10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

March 29, 2016

PBAKL 2016
Sumber; https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/?fref=ts

Setiap tahun, acara ini memang saya (dan anak-anak) nantikan. Acara untuk melihat, membau, menyentuh dan kesudahannya, membawa pulang koleksi buku yang pelbagai.

Walaupun sepanjang tahun sentiasa ada "pesta" buku di sana-sini, tetapi perasaannya tidak sama dengan acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Habis duit? Itu pasti. Dan ianya terpulang bagaimana kita mendefinasikan "habis duit" itu.

Kali ini, saya mahu berkongsi 10 perkara tentang PBAKL 2016.

  1. Buat pertama kalinya PBAKL 2016 diadakan di MAEP Serdang.
  2. PBAKL 2016 diadakan selama 11 hari bermula 29 April hingga 9 Mei 2016.
  3. PBAKL 2016 kini berwajah baru dengan berkonsepkan destinasi percutian keluarga!
  4. PBAKL 2016 akan lebih meriah dengan adanya ‘Food Truck’ & Taman keriangan kanak-kanak.
  5. Masalah parking? Tiada masalah! Terdapat lebih kurang 7000 tempat letak kereta di MAEP Serdang.
  6. Dua (2) Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 – Kadar minimum, Zon 2 – Percuma (Tram disediakan)
  7. Perkhidmatan bas ulang alik disediakan – di komuter Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral.
  8. Terdapat Drop Off/Pick Up point di belakang Dewan D untuk teksi, rapid KL, Nadi Putra & Tram (pengangkutan awam)
  9. Tiga dewan utama PBAKL 2016 di MAEPS adalah Dewan A, C dan D2.
  10. Isnin – Khamis (10 pagi hingga 7 malam) | Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10 pagi hingga 9 malam)


Maklumat di atas saya perolehi dari laman web Kuala Lumpur International Book Fair.


Peta MAEP

Kalau masih ada yang bertanya-tanya di mana lokasi MAEP ini, saya kongsikan di bawah peta lokasi pesta buku 2016 (bermula dari PWTC, lokasi tetap PBAKL sebelum ini).




Tarikh permulaannya cantik.

29 April 2016.

Dah gaji dah tu. :)




You Might Also Like

0 comments

Press

press