[Buku] 99 Cahaya di Langit Eropa: Perjalanan Menapak Jejak Islam di Eropa (Hanum Salsabiela Rais)

March 11, 2016

99 Cahaya di Langit Eropa
99 Cahaya di Langit Eropa

99 Cahaya di Langit Eropa: Perjalanan Menapak Jejak Islam di Eropa oleh Hanum Salsabiela Rais
Nilaian: 5 bintang

Sudah lama memerap buku ini di almari. Bukan tidak mahu membaca, tetapi mahu menunggu sehingga ketiga-tiga buku penulis ini lengkap dalam koleksi.

Usai membaca buki pertama, nyata ianya berbaloi.

Aku tidak pasti apakah genre sebenar buku ini, fiksi atau non-fiksi. Watak-watak seperti Fatma dan Marion agak diragui keaslian kewujudannya. Namun ini sama sekali tidak mencacatkan perjalanan penceritaan. Hanum menggarap watak-watak ini dengan baik sekali.

Pengembaraan Hanum dan suaminya Rangga ke beberapa negara di Eropah, mungkin biasa sahaja kalau dilihat sekali imbas. Ya, kebelakangan ini ramai sahaja orang di keliling kita mengembara ke negara-negara empat musim itu. Cuma ianya menjadi terlalu biasa. Selalunya, mereka ini hanya melancong. Melihat dan melawat tempat-tempat terkenal, bergambar dan kemudian membeli-belah. Tidak ada nikmat mengembara. Sampai satu waktu, aku fikir Eropah (barat) itu membosankan!

Tetapi Hanum membuka lembaran baru dalam catatan seorang pengembara. Mengisahkan sejarah Islam di bumi Eropah. Ceritanya pendek, tidak berjela dan tidak terperinci. Tetapi sangat jelas dan mudah difahami.

Dan sangat menginsafkan!

Bagaimana langkah kerajaan Ottoman tersekat di Austria, bagaimana Isabella yang pembelit mengusir Islam di Sepanyol, dan bagaimana keruntuhan kerajaan Ottoman bermula dengan pemimpin yang alpa dengan duniawi. Kau juga akan faham, kenapa Eropah hari ini menganggap agama itu menyusahkan lalu memilih menjadi atheis, walhal satu ketika Eropah adalah pusat Kristian dunia. Kenapa ianya berlaku, sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa takut. Betul. Kerana simtom-simtomnya sudah mula jelas di kalangan negara Islam.

Dalam keadaan dunia hari ini yang "menindas" Islam, kita seharusnya bangkit dengan cara yang lebih berkompromi. Aku suka dengan azam Fatma yang mahu menjadikan dirinya sebagai ejen Islam yang baik. Buktikan dengan perlakuan!

Buku ini aku pastikan menjadi koleksi kekal di almari!

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

2 comments

  1. I watched the movie, but I'm sure reading the book will be more interesting :)

    ReplyDelete
  2. The movie's review (that I read) was not that encouraging, but I already marked the link in Youtube. Shall watch it later. :)

    Yup! I agree. Books much better than movie. Always. :)

    ReplyDelete

Press

press