[Buku] Berjalan di Atas Cahaya (Hanum Salsabiela Rais)

March 12, 2016

Berjalan di Atas Cahaya (Hanum Salsabiela Rais)
Berjalan di Atas Cahaya

Berjalan di Atas Cahaya oleh Hanum Salsabiela Rais
Nilaian: 3/5 bintang

Buku kedua tulisan Hanum Salsabiela Rais ini, masih berkonsepkan travel. Cuma kali ini ianya tidaklah seperti buku yang pertama. Dan tidak juga menceritakan hal travel itu dengan lebih lanjut. Kali ini Hanum lebih memfokuskan dengan individu-individu yang ditemuinya, yang berpetualang di sekitar Eropah demi kelangsungan hidup. Pengajaran hidup lebih mendominasi penceritaannya kali ini.

Berkonsepkan antologi, Hanum menjemput rakan-rakannya (mungkin) untuk turut menyumbangkan pengalaman hidup di bumi empat musim, Austria. Cerita-cerita dalam buku ini banyak memberikan ikhtibar, jadi tidak lelah membacanya.

Ulasan buku yang lain

You Might Also Like

0 comments

Press

press