Jalak Lenteng

April 08, 2016

Jalak Lenteng.

Entah dari mana datangnya. Tiba-tiba. Sudah seminggu. Tahu-tahu, kawasan rumah kita sudah dijadikan kawasan jajahannya. Lagi-lagi, dapat menumpang makan. Bertuah lah.

Kita pun, terimalah seadanya. Iyalah. Dapat juga rasa suasana kampung.

Tetapi, itulah.

Dasar bapak ayam tak sedar diri. Waktu mengokok tak tentu masa. Kau tahu, kokokannya itu seperti alarm telefon yang sentiasa snooze selama empat jam. Seksa, tahu!

Kemudian, sebagai menandakan kawasan, ditaburkannya najis mutawasitah di atas kereta saya yang masih berbaki hutang xxx tahun itu. Bukan selonggok. Kalau dikumpul, sudah boleh membuka khemah menjual baja di tepi jalan.

Cukup!

Esok, kami akan membuat perhitungan.

Sama ada kau pulang ke tempat asal, atau kau bersemadi di dalam kuali berlumurkan santan!

Ayam Jantan Jalak Lenteng
Ayam Jantan Jalak Lenteng

You Might Also Like

0 comments

Press

press