Keranamu wahai si babi, kami pun jatuhlah tersungkur

April 20, 2016

Petang kemarin.

Kami macam besa la pi amik anak di skolah. Ambik Kakak Hanis pengawas gaghang tu lah. Balik tu, nak pi singgah sat ambik baghang di rumah tok depa.

Naik mutu meghah ang-ang tu ja.

Sampai satu jalan tu, kami ikot la satu jalan shortcut ni. Semak la sikit, kecik ja kawasan dia pun. Takpa, asai bulih jimat minyak. Minyak mehei la ni, bukan hang tak tau.

Nak jadi crita, elok tang kona tu, tu diaaa baq ang... elok terkedang tengah jalan seekor khinzir dok buat muka babyface.

Tanjat boboi!

Coklat kehitam-hitaman. Besaq oi! Dan-dan tu kita buat u-turn. Ghisau la kot kena ligan.

Tapi tu lah.

Bedebuk!

Jatuh lah kami dua beranak tengah jalan tu. Mujoq tak luka. Kita kalut bangun nak lari, nak angkat pengawas gaghang tu. Tapi dah nama gaghang, dan lagi dia maghah abah dia pasai apa bagi jatuh. Haru sunggoh. Tunjuk ke dia ada babi dok buat giyomi kat depan nu, ha baru ada akai kalut nak lari.

Babi Hutan
Babi (sekadar gambar hiasan)

Kami lari kot lain, babi tu pon lari ikot jalan lain. Lega! Tak kacau apa babi tu pun.

Kaki abah luka sikit, Hanis ok. Mutu pecah lampu dan beberapa kerosakan kecil.

Saja lah nak habaq.

Kerna babi, kami tersungkoq!

You Might Also Like

0 comments

Press

press