Masjid Zahir, Alor Setar

Sekitar 20 tahun yang lepas, saya sudah mula berjinak-jinak dengan bandar Alor Setar, Kedah. Menggunakan perkhidmatan bas HBR, saya dan kawan-kawan akan terloncat-loncat ke kiri kanan di dalam bas setiap kali melalui jalan yang berbonggol-bonggol dan berlopak. Sama sahaja pengalamannya sama ada dari Kuala Nerang ataupun Sintok.

Semasa di peringkat degree, langkah saya semakin cergas ke Alor Setar. Apatah lagi semenjak mendapat motor. Ligat berpeleseran dengan kawan-kawan. Yang paling kerap, kami ke Sentosa Bowl lah.

Buat apa?

Sudah tentu untuk bermain bowling. Harga satu permainan, hanya RM1.20. Tahu? Kalau ada kawan yang pandai "mengenyit" mata dengan adik di kaunter, boleh dapat diskaun juga.

Ya. Saya sebut "kawan". Kerana saya tak akan berbuat demikian. Baik? Mungkin juga. Tetapi lebih kepada rasa keyakinan diri yang kurang. Yalah, rambut masih sikat belah tengah. Siapalah yang sudi membalas kenyitan mata? Kui!

Masjid Zahir, Alor Setar
Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir

Masjid Zahir terletak sangat dekat dengan Sentosa Bowl ini, Jadi, sebagai pemuda berpeleseran yang "shariah-compliance", menunaikan solat itu bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Selalunya, Masjid Zahir akan menjadi singgahan kami sama ada sebelum atau selepas bermain bowling. Ketika itu, masjid ini hanya sebagai singgahan. Tidak ada langsung perasaan untuk memerhati, menikmati senibinanya yang tersendiri.

Yang saya ingat, warna dinding masjid ialah kuning. Itu sahaja. Selebihnya ingatan saya kembali kepada skor markah balingan bowling saya pada hari itu.

Sedikit maklumat berkenaan Masjid Zahir;

Masjid Zahir terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Star, Kedah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (1912M). Pembinaan masjid ini atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Reka bentuk bangunan masjid Zahir mengambil ilham Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Perasmian masjid ini disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915.

Sumber; Portal Arkib Negara

Sisi kiri masjid
Sisi kiri
Sisi depan masjid
Depan
Sisi kanan masjid
Sisi kanan

Mimbar
Mimbar
Ruang solat Imam
Ruang solat Imam
Ruang Solat
Ruang Solat
Kaki Lima
Kaki Lima

Kubah Hitam
Kubah Hitam

11 Mac 1912
11 Mac 1912

Wajah Kesayangan Hamba
Wajah Kesayangan Hamba
Sungai Kedah
Sungai Kedah (dari hulu)
Sungai Kedah
Sungai Kedah (ke hilir)

Singgahan kami baru-baru ini melihat beberapa perubahan ke atas bangunan bersejarah ini. Warnanya sudah baru dan sangat mempersona. Gaya lama dan warna kelabu, bagi saya itu satu kombinasi yang sangat menarik. Kami sempat menunaikan solat sunat tahyatul masjid dan dhuha, dan terdetik dalam hati, bagus juga aktiviti sebegini dijadikan amalan berterusan.

Singgah masjid/surau dalam perjalanan. Dan tunaikan tanggungjawab. Sunat atau wajib.

Semoga diberi kekuatan yang utuh, sebagaimana kukuhnya Masjid Zahir sehingga hari ini.

Insya-Allah.










Reactions

Post a Comment

0 Comments