Moreh KUNER

June 23, 2016

KUNER itu, singkatan untuk Kuala Nerang. Atau lebih "tepat", Kolej MARA Kuala Nerang. Tahu di mana Kuala Nerang ini? Carilah sendiri.

Singkatan KUNER ini mesra kepada kami, bekas pelajar matrikulasi sesi 1995/1996. Saya tidak tahu kenapa, sehingga hari ini hubungan kami bagaikan tidak terputus langsung. Mesra, dan rapat.

Dan, baru-baru ini kami kembali berkumpul. Yang lelaki sahaja, sesi moreh jam 10.30 malam. Nun jauh di Kelana Jaya. Apa kisah, bukan selalu. Sengaja kami pilih waktu moreh, agar ada ruang kepada yang mahu berterawikh. Bukan memberi ruang, sebenarnya. Menggalakkan.

Selepas 20 tahun (1996-2016)

Seronok.

Berjumpa sahabat. Bercerita hal-hal terkini. Sesekali terselit kisah lampau. Berkomunikasi di alam maya (Whatsapp, FB dan lain-lain), takkan sama apabila bertentang muka. Hingar. Lucu. Nostalgia. Dari jam 11 malam, berlanjutan ke jam 3 pagi. Air bertukar gelas, hidangan silih berganti. Sembang terus.

Antara yang awal

Cuma saya berundur sedikit awal, mata sudah tidak dapat bertahan.

Moga ukhuwah kita berterusan.

You Might Also Like

0 comments

Press

press