The India Gate

The India Gate, sangat aku "ingat" kerana sering dijadikan lokasi penggambaran filem-filem Hindustan. Aku tidak tahu namanya, sehinggalah saat aku menyenaraikan lokasi-lokasi menarik di New Delhi.

Terdahulu, bangunan memorial ini dikenali sebagai All India War Memorial. Dibina sebagai mengenang jasa patriot India yang terkorban semasa perang dunia yang pertama (sekitar 1914 - 1921). Mungkin, kalau sesuai, bangunan memorial berbentuk gerbang ini sama seperti tujuan Tugu Negara yang kita ada di Taman Tasik Perdana.

Aku tidak dapat menjejak kaki ke sini, disebabkan "ahli rombongan" yang lainnya sudah pun berkunjung terlebih dahulu. Jadi, sama seperti Lotus Temple, aku melihat hanya dari dalam kereta.

The India Gate
The India Gate

Dan, aku ternampak Madhuri Dixit dan hero serasinya, Anil Kapoor sedang berkejar-kejaran menyanyi dan menari di sekeliling bangunan.

Hahahaha!

Entah filem itu wujud atau tidak, aku sudah mabuk kemaruk Hindustan nampaknya!


<< Sebelum
Juling mata di Janpath Street
Seterusnya >>
Menyusuri Yamuna Expressway dari Delhi ke Agra
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)













Reactions

Post a Comment

0 Comments