10 Tips Bergambar di Hari Raya (dari tukang gambar picisan)

July 05, 2016

Amboi!

Entri ala-ala tukang gambar tersohor.

Janganlah begitu. Saya hanya mahu berkongsi. Entri ini, khusus kepada pengguna kamera telefon (terutamanya android, telefon buah epal kena gigit saya tak sekufu). Tapi, sebenarnya boleh juga digunapakai untuk kamera lain.

Kalau bermanfaat, gunakanlah ya.


Sebelum

  1. Kosongkan, atau "bersihkan" ruang storan. Uninstall aplikasi yang tak guna dan tak berguna. Files yang entah apa-apa dan entah bila-bila didownload pun, elok sangat dibuang. Terutamanya files video dan gambar-gambar ilmiah dalam Whatsapp. Ya tuhan. Kalau semenjak beli dan semenjak guna Whatsapp tak pernah bersihkan, memang sarat menunggu hari lah telefon kau itu.

    Untuk semak aplikasi yang banyak pakai storan dan jarang guna;
    Settings > Applications > Application Manager

    Untuk buang media files dalam Whatsapp;
    i) My Files > Device Storage > Whatsapp > Media > Images/Documents/Audio/Video
    ii) Buka Gallery, semua album (termasuk Whatsapp) akan disenaraikan. Boleh delete by album, atau pilih satu persatu.
     
  2. Backup. Dokumen, video, gambar-gambar yang ada dalam telefon semenjak tahun 1511 itu, pindahkan lah ke thumbdrive, external hard disk atau mana-mana yang bersesuaian. Untuk selamat, backup gambar-gambar yang sedia ada di storan online. Banyak. Pilih sahaja mana yang berkenan. Percuma.

    Telefon android biasanya sudah ada Google Drive (untuk dokumen), Google Photos (untuk gambar), Youtube (untuk video). Ya, perlukan data/internet untuk upload. Atau, boleh juga simpan di Dropbox, OneDrive.
     
  3. Install aplikasi kamera dan edit gambar yang menarik. Menarik di sini, maksudnya yang mempunyai banyak filter. Yang gemuk boleh jadi kurus, yang kembang jadi lonjong. Yang menggerutu boleh jadi licin bak sutera. Yang Sharul boleh jadi Shahrukh Khan. Eh! Dan kalau gambar tak menarik, boleh difilterkan untuk kelihatan sangat artistik (konon).

    Antara yang saya guna; Camera 360, Snapseed, Photo Grid.
     
  4. Belajar asas bergambar. Point and shoot, boleh juga. Tapi kalau mahukan gambar yang menarik, usaha lebih sikit. Cari saja tutorial online, atau yang paling mudah. Tiru! Boleh intai sekejap di sini.
     
  5. Setting kamera. Kalau langkah (1) sudah diambil, jadi jangan kedekut untuk naikkan resolusi gambar.

    Camera > Picture size > Pilih yang paling besar!

    Berbaloi untuk tujuan cetakan. Kalau kualiti gambar kamera tidak berapa menarik, gunalah flash.
     
  6. Selfie stick bawalah kalau perlu. Membantu sebenarnya, agar tukang gambar tidak rasa tersisih di pagi Syawal. Percayalah, saya pernah mengalaminya.
     
  7. Kemudian power bank pastikan penuh, berebut nanti nak cari point untuk charge telefon. Guna kamera banyak "makan" bateri.
     
  8. Jangan lupa ambil video! Untuk hari sebegini, lebih seronok sebenarnya menonton video berbanding gambar.

Selepas

  1. Petang raya atau malam raya, boleh lah mula belek gambar-gambar atau video yang diambil. Terus backup, sama ada secara fizikal (hard disk) ataupun online. Jangan tangguh. Kerna, kau tak akan mahu momen-momen indah itu lenyap didelete anak berumur tiga tahun yang katanya mahu menonton siri Ultraman di Youtube. Itu semua dusta! Jangan terpedaya!
     
  2. Sebulan kemudian, carilah saya. Katakan, kau mahu membuat Photobook tetapi tidak mempunyai masa membuatnya. Serahkan kepada saya. $aya $udi m$mbantu.


Begitulah.

Tetapi jangan sibuk mahu bergambar sahaja. Tujuan berhari raya jangan dilupa. Dan bila bergambar, tetap ada batasnya.

Selfie mulut itik, kau simpanlah sendiri. Jangan upload di Facebook. Geli!

Bergambar di hari raya
Kesayangan kami






You Might Also Like

0 comments

Press

press