Jumpa lagi, Mal.

July 14, 2016

Yang berkelambu merah, itu dua pupu saya. Saudara sebelah abah. Namanya Ikmal.

Yang biru pula, dua pupu Ikmal. Lelaki yang 10 tahun kemudiannya menyikat rambut berbelah tengah. Kacak sekali.

Tahun 1988, kami baru betul-betul kenal. Dikhatankan bersama, dan tanpa pengetahuan saya Ikmal juga berpantang di rumah kami. Sedikit sebal, kerana kedatangan Ikmal mengurangkan kutipan "salam kaut" saya. Iyalah, terpaksa berkongsi dua. Heh!

Gambar ini satu-satunya yang saya ada. Gambar kami bersama.

Selepas itu, kami jarang berjumpa. Sesekali waktu hari raya, kami berjumpa juga. Kebanyakkannya secara kebetulan. Waktu kenduri-kendara juga ada bertemu, setakat perbualan pendek.

Kali terakhir bertemu, entah bila.

Tahu-tahu hari ini, Ikmal sudah pergi. Ke negeri abadi.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.

Semoga kau tenang di sana.

Saya dan Ikmal
Saya dan Ikmal

You Might Also Like

0 comments

Press

press