Menanam Tebu Di Pinggir Laman

July 25, 2016

Sabtu lepas, kami ke Behrang. Ke rumah sepupu. Mahu melawat Mak Teh (kakak abah saya) yang terlantar sakit. Kami tiba hampir waktu tengah hari, kemudian beredar pulang jam dua petang.

Tahu-tahu, serumpun tebu hijau sudah berada di dalam kereta.

:)

Terima kasih, abang Hasan dan Kak Sham sekeluarga.

Sudah lama tidak meratah tebu.

Sampai di rumah, rasa gian sudah tidak dapat disanggah. Di pintu dapur, saya gigih meraut tebu sambil mengimbas kenangan lama.

Sekitar 25-30 tahun yang lalu.

Semasa di kampung, meratah tebu yang ditebang arwah nenek.

Alahai. Sayunya.

Sudah dibuang kulit
Sudah dibuang kulit

Proses pertama, buang kulitnya. Gunakan pisau. Dulu, boleh juga dikoyak dengan gigi kapak. Tetapi semenjak gigi sudah mula mahu menjalin hubungan dengan Poliden, lupakan lah hasrat tak keruan itu. Gunakan saja pisau. Mahu membuat kulitnya itu, ada caranya juga. :)

Dipotong kecil
Dipotong kecil

Proses Dua. Ketahuilah kekuatan gigi sendiri, untuk menentukan saiz yang sesuai bagaimana ruas tebu ini mahu dipotong.  Untuk hari ini, saya kerat-kerat kecil sahaja. Senang untuk dikunyah.

Gaulkan dengan garam
Gaulkan dengan garam
Proses tiga. Bilas dan toskan. Untuk menyeimbangkan rasa tebu yang manis meleceh lit lit, taburkan garam secukup rasa. Gaulkan. Siap. Sudah boleh makan sambil menonton siri Chiaki di TV. Eh!

Sebenarnya saya tidak makan lagi. Simpan dahulu di peti sejuk, agar sejuk-sejuk suam. Sudah ada rasa sejuknya, ratahlah. Ya tuhan, sedapnya lah!

Benih
Benih

Tunas di kulit
Tunas di kulit

Ini bahagian pucuk (ada nama yang sesuai?). Selalunya tak manis. Jadi kita kerat pendek-pendek, buat "benih". Ikutkan dari satu batang, boleh kerat 10 atau lebih untuk dijadikan "benih". Bayangkan kalau ada 10 batang. Silap-silap, Remdhan 1438H saya sudah boleh bukak kedai air tebu (tak tambah air suam), tahu?

Gitu cita-citanya.

Kita tengok lah nanti.

Oh! Yang kulit-kulit itu, kalau perasan ada tunas-tunas kecil. Abang Hasan kata, tunas-tunas itu boleh juga diambil untuk dijadikan benih. Kata dia, masukkan ke dalam polibag hitam. Saya malas, terus sahaja pasakkan ke bumi.

:)


Tanam secara menyenget
Tanam secara menyenget

Selesai lima rumpun saya tanam. Tanam secara menyenget 45 darjah. Saya ingat-ingat lupa. Asalkan tanam. Semoga ada lah yang menjadi.

Peneman
Peneman
Yang ini, peneman saya.

Tanah yang degembur-gembur, menarik minat beliau. Baik! Kalau ada "khazanah" yang tertinggal di situ, aku tahulah siapa punya angkara!

Kau jangan maca-macam ya, Putih!

You Might Also Like

0 comments

Press

press