Petang di Kuala Lumpur

July 19, 2016

Saya berangan-angan mahu ke Sabah. Ke Kota Kinabalu. Ke Kundasang. Mahu bertentang mata dengan gunung yang tersergam gagah di bumi Borneo Utara itu.

Kemudian, saya melihat-lihat gambar di internet.

Cantik.

Subhanallah.

Pemandangan perkampungan berlatarbelakangkan gunung.

Hebat sekali.

Kemudian, waktu pejabat tamat dan saya mahu pulang.

Dan saya terlihat pemandangan ini dari tingkap besar pejabat.

Perkampungan batu berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa.

Ahai!

Saya tersihir.


Kuala Lumpur City
Kuala Lumpur City

You Might Also Like

0 comments

Press

press