Rumah Pusaka

July 27, 2016

Di kampung Syah, rumah ayah masih mengekalkan sebahagian binaan kayu. Gaya Kedah. Rumah tinggi. Sudah ada tambahan binaan batu di bahagian dapur, juga tambahan bilik. Seingat saya, semenjak saya menjadi menantu di rumah itu, rekabentuknya memang sudah begitu.

Sesekali, kami tidur di bahagian kayu. Tingkat atas. Musim hujan, seronoklah. Sejuk. Tapi kalau musim panas berdenting, ya tuhan, bagai disalai. Hangat lit lit!

Banyak lagi kenangan di rumah ini.

Dan akan kekal sebagai kenangan.

Kini, rumah ini tidak mampu mencipta kenangan lain. Kerana sudah dijadikan rumah sewa dan homestay.

Kami hanya memandang kenangan itu.

Pada gambar.

Rumah Pusaka
Rumah Pusaka

You Might Also Like

0 comments

Press

press