Ba Alif Ba Ya

August 03, 2016

Malam tadi.

Saya baru pulang dari bersukan. Iya, bersukan waktu malam kerana itu sahaja waktu yang ada.

Sekitar jam 10.20 malam, saya sudah semakin hampir dengan rumah. Mungkin dalam 20 meter.

Ada kelibat yang mencurigakan.

Sangka saya, anjing liar yang mahu menyelongkar tong sampah. Tapi, saiznya besar. Dan gemuk. Anjing liar mana ada yang bersaiz obesiti.

Eh!

Babi!

Babi Tunggal
Babi yang tenang


Wah!

Ini satu "pencapaian" baru. Selama ini saya hanya mendengar cerita. Ada babi di hutan belakang. Ada babi melintas jalan. Kali ini, dia menjelma di depan mata. Dan di laman rumah!

Wah!

Tidak ada langsung rasa takut nampaknya. Beliau tegas dan tenang. Sebaliknya saya yang kejung di dalam kereta. Hanya mampu mengambil video. Selepas dia beredar, lima minit juga saya membatu di dalam kereta, di depan rumah.

Takut mahu keluar.

Takut si babi tunggal berpatah balik membuat kejutan.

Peek-a-boo!

Pengsan!


You Might Also Like

0 comments

Press

press