Berkebun Secara Hidroponik

August 28, 2016

Saya menyertai group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (atau laman web mereka di http://www.kebunbandar.com).

Sudah lama.

Dan saya hanya menjadi pembaca senyap. Yang sentiasa teruja apabila ada ahli group yang berkongsi hasil tanaman masing-masing.

Segar. Hijau. Alami.

Antara banyak-banyak perkongsian, saya paling tertarik dengan kaedah tanaman secara hidroponik. Fahaman saya, teknik ini tidak menggunakan tanah. Digantikan dengan cocopeat, dan selebihnya hanya air baja.

Maaf. Saya masih belum pandai menghuraikan teknik ini. Boleh rujuk di laman web atau laman FB yang saya kongsikan di atas.

Dipendekkan cerita, saya pun sudah memulakan operasi TANAM SENDIRI ini semenjak seminggu yang lepas.

Atas bantuan dan dorongan seorang rakan, saya mula mendapatkan bahan-bahan asas;

Cocopeat (RM6 satu guni).
Baja A dan Baja B (RM35 satu set)
Bekas tanaman (saya gunakan bekas botol air, terima kasih Dila sudi "dermakan").
Span (yang digunakan untuk akuarium, RM1 sebungkus).
Dan yang paling utama, benih tanaman (RM2-RM3 sebungkus).
Untuk bekalan baja dan cocopeat, saya dapatkan dari http://www.kedaipertanian.my

Bahan utama tanaman Hidroponik
Bahan-bahan utama
Biji benih
Biji benih

Span
Span
Botol yang sudah siap
Botol yang sudah siap


Cara-cara

Saya kongsikan apa yang saya buat (secara turutan) sebagai rujukan saya pada masa akan datang.
  1. Sediakan bekas tanaman. Botol air dipotong dua (seperti di gambar).
  2. Untuk penyediaan air baja, nasihat rakan saya air biarlah "diperam" semalaman. Sama ada air paip atau hujan, tujuannya mungkin untuk memendakkan bendasing di dalam. Wallahualam. Agak saya sahaja.
  3. Sukatan air baja ada dicatat pada botol baja. 
    1. Satu penutup A + Satu penutup B + 4 liter air = pokok kecil
    2. Satu penutup A + Satu penutup B + 3.6 liter air = pokok dewasa
    3. Satu penutup A + Satu penutup B + 3 liter air = pokok berbuah
  4. Potong span memanjang, tujuannya untuk menyerap air dari bawah ke atas.
  5. Basahkan cocopeat, dan masukkan ke dalam bekas. Pastikan span tadi kekal berada di tengah-tengah.
  6. Setelah semuanya siap, boleh masukkan benih. Seeloknya satu bekas biar ada dua biji benih. Sebagai langkah persediaan, kiranya benih pertama tidak menjadi.
  7. Letak ditempat yang redup. Buat masa ini tidak perlu lagi cahaya matahari.
  8. Selepas 3-4 hari, benih akan bertunas. Masa ini, boleh alihkan bekas tanaman ke tempat yang terdedah dengan cahaya matahari (pagi).
  9. Pastikan cocopeat tidak kering dan air baja di bahagian bawah sentiasa cukup. Jika perlu, boleh spraykan air baja.

Saya menanam benih bayam merah pada hari Isnin malam Selasa, sekitar jam 10 malam.

Hari Khamis, benih saya sudah bertunas!

Oh! Gembira sekali!

Bayam Merah

Tanam sendiri
Tanaman Hidroponik

Sayur


Tumbuh subur, ya sayang.

You Might Also Like

0 comments

Press

press