[Buku] Lemoi (Bungo Lale)

August 16, 2016

Lemoi oleh Bungo Lale
Nilaian: 5 bintang

Hari pertama ke PBAKL, saya sudah ternampak buku ini. Tidak dibeli.

Kali kedua, sudah pegang-pegang, belek-belek.

Seminggu kemudian, tanpa ragu dan tanpa banyak soal, buku ini sah menjadi milik saya.

BerLemoi. Berbaloi!

Saya teruja dengan kisah yang diceritakan oleh Bungo Lale. Seronok. Entah bagaimana saya mahu huraikan, tetapi ada perasaan cemburu saya kepada guru-guru ini. Kerana, saya pernah ada impian begitu. Mahu mendidik. Mahu bersama-sama membawa perubahan dan pembaikan.

Membaca Lemoi mengingatkan saya kepada Wachaa The Adventure. Kedua-duanya perempuan yang gigih, cekal dan berani. Betul-betul salute. Mahu saja saya sarankan buku ini menjadi teks wajib dibaca oleh guru-guru (segelintir) yang asyik-asyik merungut (terutamanya di media sosial, dan mesyuarat PIBG) hal-hal bekerja lebih masa, anak murid yang spoiled, ibubapa yang tak membantu. Apa yang Bungo Lale dan sahabatnya lalui, jauh lebih besar. Dan hati mereka juga besar!

Saya memberi 5 bintang kerana buku ini sangat mahal perkongsiannya. Tutup sebelah mata hal-hal susunan cerita dan kronologi. Saya rekomen!

Ulasan buku yang lain

Lemoi
Lemoi

*sumber gambar dari Goodreads

You Might Also Like

0 comments

Press

press