Keputusan

August 17, 2016

2018.

Nombor giliran saya sudah sampai. Pintu bilik doktor saya ketuk penuh sopan. Hafiz, yang masih belum mandi dan bersememeh air liur basi di pipi jadi peneman saya pagi itu.

"Assalamualaikum wbt."

Doktor Nor menjawab salam. Tonasinya biasa, tidak garang tidak pula mesra. Saya terus sahaja duduk di kerusi pesakit. Doktor Nor orang yang tegas. Namun tetap jadi pilihan kami sekeluarga kalau mahu mendapatkan rawatan. Beliau gemar menerangkan, dan menggunakan bahasa mudah difahami. Bahasa marhaen.

Oh! Mau tahu? Doktor Nor ini "kedekut" MC!

***


Jenis darah
Jenis darah


"Nak tengok result darah, ya?"

Doktor Nor mula bicara.

"Ha'ah"

Saya pangku Hafiz di riba. Baik betul perangai si bujang ni bila masuk bilik doktor. Tertib.

Doktor Nor menyelak fail di atas meja. Sesekali tangan beliau membetulkan letak atur cermin mata.

Jeda.

Mahu mendengar keputusan siasatan ini, debarnya lain macam.

"Keseluruhannya baik. Tidak ada yang perlu dirisaukan. Tidak ada tanda-tanda penyakit besar. Cuma perlu perhatikan lebih pada tahap kolestrol dan buah pinggang. Diet pemakanan boleh membantu."

Alhamdulillah.

Baik sahaja.

Yang sebenarnya menjadi punca kejadian tempohari, stress dan panic. Bergabung. Dan panic menjadikannya lebih besar dan mudarat. Perlu pandai mengawal. Perlu lebih tenang.

Perlu kerja baru. Eh!

Saya bangun, mahu keluar dari bilik doktor dengan perasaan yang lega.

***

"Oh! Darah saya jenis apa ya doktor?"

Lupa. Saya ada minta juga dianalisa jenis darah saya.

"Yang itu? Hmmm.. pasal darah awak.."

Doktor Nor menundukkan pandangan. Senyap. Dan ada sela waktu. Riak mukanya yang biasa tanpa emosi ketika itu, sebenarnya menjadi riak muka yang sangat kejam.

Saya berdebar-debar.

"Darah awak... darah manis! Chia chia chia!"

Doktor Nor berdiri dan teruja membuat aksi cucuk langit. Kanan kiri. Kanan kiri.

Saya jatuh tersimpuh di tepi pintu, tersipu-sipu.

***

Perenggan akhir itu, tipu. Doktor Nor kekal dengan muka tanpa perasaan. Saya berdarah O positif.

***

Usia sudah semakin meningkat. Usahakanlah buat pemeriksaan doktor. Biar tahu keadaan diri. Biar tahu langkah yang sesuai. Semberono, bahaya!

***

Shah,
Kolestrol Lebih 5.2

You Might Also Like

0 comments

Press

press