Petah

August 26, 2016

Umur beliau menghampiri penuh tiga tahun. Sudah petah berkata-kata. Masih pelat. Dan saya pun, terikut-ikut.

"Abah, inok (tengok) ni"

"Abah, ibat (hebat) tak?"

"Mimi (Umi), inok abam ni. Ye ara (dia marah)"

"Kakak semayam (sembahyang)"

"Abah nak aik oto (naik motor). Nak kuye-kuye (gula-gula)"

Menyorok
Menyorok

Kadang-kadang, menonton adegan saspen/seram di tv dia menyorok muka di balik bantal.

"Kakok (takut) lah abah"

Saya katakan, "jom tembak dia".

Lalu, kami jadi Ultraman Anak-Beranak. Shiak!

Selesai, saya puji kehebatan beliau beraksi melawan ketakutan tadi.

"Huyyyooo... Hafiz hebatlah!"

Dengan petah, tanpa pelat, beliau membalas;

"Mestilah!"

Amboi! Berlagaknya.

You Might Also Like

0 comments

Press

press