[Buku] Rahsia Penulisan Berpengaruh (Khairul Hakimin Muhammad)

August 18, 2016

Rahsia Penulisan Berpengaruh
Rahsia Penulisan Berpengaruh


Rahsia Penulisan Berpengaruh oleh Khairul Hakimin Muhammad
Nilaian: 5 bintang

  1. Buku ini bersaiz kecil, comel, ringan dan mudah dibawa.
  2. Isinya mantap, sesuai dengan tajuknya.
  3. Tidak ada persoalan tentang kredibiliti penulis, cari saja di internet dengan kata kunci "Bapa Brownies Kebangsaan". Atau cari saja di FB beralamatkan https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad
  4. Tidak ada keraguan dengan isi-isi buku ini, kerana semuanya sudah terbukti.
  5. Semasa ulasan ini ditulis (Selasa, 16 Ogos 2016 jam 11.15 pm), beliau sudah mempunyai 77,893 orang follower.
  6. Tuan Khairul secara tidak langsung (selain isi "teknikal"), hanya mahu yang baik-baik daripada setiap kita, dan berkongsi hanya yang baik-baik sahaja di dunia siber (amnya).
  7. Panduan beliau boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, tidak semestinya untuk menjual produk/servis.
  8. Asasnya adalah untuk mencari pengaruh (yang baik). Lain-lain akan mengikut di belakang selepas asasnya sudah kukuh.
  9. Banyak pantang larang beliau yang saya "langgar". Masa untuk menilai semula perkongsian saya di FB.
  10. Keseluruhannya; berbaloi!

Ulasan buku lain di Goodreads

You Might Also Like

0 comments

Press

press