Simpanan Shariah KWSP

August 12, 2016

Hari Isnin lepas, pejabat-pejabat KWSP seluruh Malaysia meriah diserbu orang ramai. Gara-gara simpanan baru yang diperkenalkan.

Simpanan Shariah.

Dipelopori oleh bijak pandai dalam bidang ini (antaranya UZAR), KWSP memberi pilihan kepada pencarumnya untuk menukar jenis simpanan konvensional yang sedia kepada simpanan yang patuh syariah.

Untuk bacaan lanjut, boleh hubungi KWSP terus pada talian +603 8922 6000.

Atau layari laman web mereka di sini.

Simpanan Shariah KWSP
Simpanan Shariah KWSP

Kenapa?

Saya juga antara mereka yang beribu-ribu pergi mendaftarkan diri. Soalannya, kenapa?

Saya bukan ilmuan, apa lagi dalam bidang pelaburan. Jadi, keputusan saya lebih berdasarkan pemahaman daripada pembacaan saya (yang mungkin terhad).

Sudah jelas sebelum ini, KWSP mengakui bahawa pelaburan mereka tidak mematuhi syariah. UZAR, atau Ustaz Zaharudin Abdul Rahman sudah banyak berkongsi dalam blog, Facebook, Youtube dan pelbagai lagi platform alam siber akan perihal simpanan KWSP ini. Beliau juga sudah berkongsi, kelak apabila melakukan pengeluaran duit simpanan KWSP (konvensional) beberapa peratus perlu diasingkan kerana ianya berpunca daripada hasil syubahat.

Boleh buat carian di internet. Banyak.

Simpanan Shariah mungkin terbit selepas isu ini semakin kerap diperkatakan. Jadi, kepada umat Islam khususnya, sudah ada pilihan utnuk memilih jenis simpanan yang lebih "baik". Baik bukan bermaksud daripada segi pulangan, tetapi baik dari segi memastikan hasil yang diperoleh lebih berkat. Ya, dalam masa yang sama kita tetap berharap pulangan simpanan baru ini yang bagus, atau yang lebih bagus.

Kedua

Keduanya saya melihat ini juga peluang bagi saya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam, secara langsung atau tidak langsung. Pelaburan yang dibuat oleh KWSP (melalui Simpanan Shariah) pastilah mengikut ketetapan yang dibenarkan. Dan sudah tentu pelaburan seputar perniagaan Islam banyak terlibat. Jadi, perniagaan orang-orang Islam lebih banyak mendapat dana untuk meningkatkan perniagaan mereka, sekaligus menguatkan ekonomi orang Islam.

Saya melihatnya begitu.

Mungkin betul, mungkin salah.


Apa selepas ini?

Saya kongsikan apa yang dimaklumkan kepada saya oleh puan pegawai di kaunter tadi;

  1. Selepas mendaftar (untuk kes saya, pada 8/8/2016), satu SMS akan dihantar dalam tempoh dua hari menyatakan saya SUDAH MENDAFTAR untuk pertukaran dari simpanan konvensional kepada simpanan shariah.
  2. Dana yang dikhususkan untuk simpanan shariah ini hanya RM 100 Bilion. Jadi, siapa cepat dia dapat (dan mungkin ada kriteria tertentu untuk dipilih)
  3. Selepas 20 Disember 2016, pencarum yang layak untuk bertukar ke simpanan shariah akan dimaklumkan.
  4. Simpanan shariah ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2017.

Jadi, selepas ini saya hanya perlu menunggu status permohonan saya.

Cuma saya agak terkilan dengan perangai dan sikap beberapa kerat pencarum. Mereka "bising" dan merungut kerana perlu ke kaunter untuk urusan pertukaran ini. Semuanya mahu dimudahkan. Mereka mahu "auto", atau kemudahan "online" untuk urusan ini. UZAR ada menjelaskan kenapa pencarum secara fizikal harus datang ke kaunter untuk urusan ini.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?

1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan "...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.."

2. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.



Mereka (jawatankuasa simpanan shariah) sudah bertungkus-lumus menjadikan hal ini sebagai satu kenyataan. Usaha mereka sangat besar, dan pastinya melalui proses yang panjang dan memenatkan. Jadi, apa lah sangat usaha kecil kita untuk ke kaunter bagi urusan ini berbanding dengan jasa mereka? Jika perkara "susah" sekecil itupun kita sudah merungut dan merajuk, bagaimana kita mahu terlibat dengan perkara yang lebih besar?

You Might Also Like

0 comments

Press

press