Tiga Hari Demam

August 30, 2016

"Abah, kakik (sakit) laaa"

Dia mengadu. Tangan mongelnya memegang kaki kanan, berhampiran ibu jari. Merah. Bengkak. Digigit semut barangkali.

"Mana shakit?"

Saya bersuara hiba. Berempati, sambil muka berkerut-kerut seperti turut sama terasa sakitnya.

Dia datang dan terus duduk dipangku. Ditunjukkan kakinya yang sakit. Saya menggosok-gosok bengkak merah itu perlahan, sambil meniup-niup. Seperti menjampi.

Dia khayal.

Kemudian, satu kucupan hinggap di pipi dia. Dua, tiga, empat dan bertubi-tubi.

Dia marah.

"Eeee... abah ni!"

Marah dalam senyum. Nampak lesung pipit warisan ummi. Gigi yang herot-perot juga turut mengintai.

Sudah lupa sakitnya.

Dan dia kembali menggegar rumah.

Hafiz
Hafiz


Hafiz.

Lekas sembuh, ya. Sudah tiga hari demam.

You Might Also Like

0 comments

Press

press