Celcom First Gold + AnyDayGB

October 31, 2016

Saya pelanggan Celcom. Rasanya sudah lama, lebih 10 tahun. Banyak pahit manis dalam perhubungan kami, terutamanya 1-2 tahun yang lepas.

Namun sampai hari ini, kami masih baik-baik sahaja.


Celcom First Gold

Saya pengguna internet yang agak tegar. Bukan untuk sosial media semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Bidang kerja saya juga banyak memerlukan akses ke internet. Jadi, Celcom First Gold yang ditawarkan Celcom sesuai dengan keperluan saya.

Dan hari ini, Celcom memberi bonus lagi. Data bertambah dari 5 + 5 kepada 10 + 10 sebulan. Tanpa tambahan bayaran bulanan. Masih tetap RM80, sebelum GST.

10GB data untuk hari biasa (Isnin - Jumaat).

10GB data lagi untuk hujung minggu (2.5GB untuk setiap Sabtu dan Ahad)

Celcom First Gold
Celcom First Gold



AnyDayGB

Celcom juga memberi pilihan format 10 + 10 itu boleh dijadikan terus 20GB, yakni total data sebanyak 20GB boleh digunakan bila-bila masa sepanjang bulan. Tidak ada pecahan kuota weekday dan weekend. Hanya perlu menambah RM10, menjadikan total bulanan hanya RM90 (sebelum GST).

Untuk mengaktifkan AnyDayGB ini;
  1. Dail *118#
  2. Pilih "Internet Add On"
  3. Pilih "AnydayGB"
  4. Pilih "Purchase"


Untuk membatalkan servis ini, caranya;
  1. Dail *118#
  2. Pilih "Internet Add On"
  3. Pilih "AnydayGB Stop Subscription"

Makluman lanjut boleh diperolehi di laman web Celcom.


AnyDayGB
AnyDayGB


Berbaloi atau tidak, terpulang kepada cara penggunaan masing-masing. Telco lain mungkin menawarkan lebih banya data, tetapi kawasan litupannya terhad. Boleh ambil kira pelbagai faktor sebelum memilih.

Alah membeli, menang memakai.


_______
* sumber gambar dari laman web Celcom





You Might Also Like

2 comments

  1. kenapa balance saya menunjukkan 10gb sedangkan saya buat AnydayGB supposely 20gb lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, tuan semak menggunakan aplikasi atau sms? Kalau sudah activate (seperti langkah di atas), tuan boleh semak melalui;

      1) Aplikasi MyCelcom Postpaid App (untuk pengguna Android boleh download di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.First&hl=en)

      2) Semak menggunakan SMS
      a) Taip "bal status"
      b) Hantar ke 28882

      Sekiranya masih tidak ada perubahan, tuan telefon terus ke talian "1111".

      Delete

Press

press