Hafiz Yang Manis

October 26, 2016

"Abah!"

Dia memanggil. Sepertinya dia di ruang tamu, memanggil saya di tingkat atas. Walhal saya di tingkat bawah, di dapur mahu ke bilik air.

"Ooooo.. abah!"

Panggil dia lagi. Saya putuskan untuk menjawab segera. Moodnya agak kurang baik hari itu. Eloklah saya menjawab panggilan budak tiga tahun itu, sebelum perut saya ditembak dengan pancaran lasernya.

"Ya Hafiz. Abah ada kat dapur lah".

Pek! Pek! Pek!

Bunyi tapak kaki dia berlari ke dapur. Muka senyum manis. Mujur.

Bersama Hafiz
Bersama Hafiz

"Kenapa Hafiz cari abah? Hafiz nak apa?"

Saya bertanya sopan-sopan. Emosinya perlu diurut baik-baik. Selain Ultraman, dia juga mampu bertukar menjadi raksasa yang menakutkan.

Dia senyum lagi. Kemudian dengan tenang menjawab soalan saya,

"AKU SAYANG ABAH LAH!"

Oh!

Eh?

Kaki abah bergoyang-goyang. Perasaan cair meleleh-leleh. Abah diawang-awangan. Cari abah, semata-mata nak cakap itu?

Manis betul!

Abah mengurat Ummi dulu, rasanya taklah se"power" itu.

Anak bertuah.

Abah pun sayang Hafizlah.

#ceritahafiz
#cairmelelehleleh
#diabahasakandirisebagaiakuadakisahnya

You Might Also Like

0 comments

Press

press