Kenangan Bulan Oktober Di Tasik Titiwangsa

October 22, 2016

Google Photos ada fungsi sama seperti "On This Day" Facebook.

Mengingatkan hal-hal yang pernah berlaku pada tarikh yang sama, cuma pada tahun yang sebelumnya.

Google Photos, tentulah mengimbau gambar.

Kelmarin. 19 Oktober.

Yang terimbau ialah kenangan kami anak-beranak mengadakan sesi fotografi di Taman Tasik Titiwangsa. Fotografi menghitung hari, kala Ummi sudah semakin sarat mengendong Hafiz di dalam perut.

Comel betul!

Oh! Sesi ini sesama kami sahaja. Tidak ada jurugambar profesional yang diupah. Tidak mampu.

Family Photography
Cinta

Tasik Titiwangsa tidak begitu jauh dari rumah. Tidak sampai pun 10 kilometer. Lokasinya yang dekat, dan suasana hijau dalam bandarnya yang mempersona membuatkan kami hampir tidak pernah merasa bosan ke sini.













Haih!

Cantiknya awak.

Kuatnya awak.

Terima kasih, sayang. Semoga syurga menjadi balasan.

Kerana sudi melahirkan. Zuriat-zuriat yang comel dan membahagiakan.









Abah sayang semua.

Tanpa dan tidak akan ada syaratnya!

Oh! Ya.

Papa nakal

Abah akan baik-baik saja!

:)


You Might Also Like

0 comments

Press

press