Travelog Berburu Buku Jakarta - Clay Hotel

Clay Hotel, Jakarta
Clay Hotel

Seperti di Belitong, saya ditugaskan untuk menguruskan hal-hal penginapan. Melalui carian di Agoda (dan perbincangan maha panjang di Whatsapp), akhirnya kami memilih Clay Hotel.

Lokasi;
JL. Blora No. 20, Thamrin, Jakarta, Indonesia

Kenapa Clay Hotel? Berdasarkan itinerari awal, hari pertama kami lebih banyak bergerak di bahagian tengah Jakarta. Kedudukan Clay Hotel agak strategik, dan untuk harga bajet ianya mungkin berbaloi. Cumanya, gambaran di laman web tidaklah menggambarkan keadaan sebenar. Seperti gambar di atas, kelihatan Clay Hotel megah sebagai satu bangunan. Walhal, kedudukannya rapat dengan bangunan sebelah menyebelah.


Bilik

Bilik kami bernombor 301 (dan 309). Bilik Superior. Kedua-dua bilik tidak mempunyai tingkap. Saiz bilik agak kecil, mungkin yang paling kecil pernah saya inap. Hampir tidak ada ruang bebas, setiap inci bilik digunakan semaksimum mungkin. Menjadi kerisauan saya bilik airnya tidak tertutup habis, ada ruang terbuka di bahagian atas. Jadi, sekiranya mahu memerut bukankah nanti udaranya tersebar luas ke dalam bilik?

Mujur tidak berlaku sebegitu.

Dan dinding bilik air kaca semuanya. Mujur di bahagian tengah agak kabur. Kalau tidak, jenuh pula mahu berkemban. Eheh!

Bilik Superior di Clay Hotel
Bilik 301


Internet

Capaiannya bagus. Pelayarannya lancar. Ngetop! Sama ada di bilik, lobi atau kafe.




Sarapan

Tempahan kami berserta sarapan. Sengaja saya pilih yang ada sarapan kerana mahu menjimatkan masa. Sarapan di hotel ini, biasa-biasa sahaja. Tidak mewah, tidak pula mengecewakan. Sarapan kami hari itu ialah nasi dan sejenis lauk, mee goreng, bubur jagung dan potongan betik dan agar-agar.

Jadilah.

Alhamdulillah.



Persekitaran

Oleh kerana kawasan ini agak sibuk, capaian untuk kenderaan awam sangat mudah. Memanggil Uber atau Grabcar juga tidak memerlukan masa yang lama. Selang beberapa bangunan, ada sebuah pasaraya kecil seperti Speedmart. Tidak silap, namanya Alpha Mart. Ada juga mesin ATM CIMB di dalamnya. Lajak ke hadapan, ada kafe yang agak "hipster", Waroeng Mee. Pagi Ahad ketika kami mahu check out, jalan utama di hadapan hotel ditutup, mungkin seperti KL Free Car Day yang kita ada. Saya tidak berkesempatan untuk mengintai, kerana sibuk mahu bermalas-malas di bilik sebelum keluar.

Padan muka!



Keseluruhan, hotel ini berbaloi untuk harga yang dibayar.

Sekurang-kurangnya, bagi saya.

Lagipun, taraf permarkahan yang diberi (di Agoda) agak memuaskan. Dan saya bersetuju.



<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta, Indonesia
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Senen dan Kwitang












Reactions

Post a Comment

0 Comments