Travelog Berburu Buku Jakarta, Indonesia

October 10, 2016

Letih masih terasa. Mungkin kerana jetlag. Amboi! Mengada-ngada betul. Jetlag konon. Tetapi kalau difikir-fikirkan, ada logiknya. Perbezaan walau hanya satu jam, aturan waktu di sana (terutamanya waktu solat) membuatkan saya sedikit keliru dengan susunan masa.

Malam semalam, baru betul-betul terasa letih.

Saya dan rakan-rakan kembara Belitong, ke Jakarta selama tiga hari, bermula dari hari Sabtu 1 Oktober 2016. Tujuannya untuk berburu buku bersempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF). Lokasi acara di Jakarta Convention Center (JCC), bersebelahan dengan stadium Gelora Bung Karno.

Travelog Berburu Buku Jakarta
Travelog Berburu Buku Jakarta


Bukan. Bukan juga semata-mata untuk ke IIBF kami terbang ke Jakarta. Kami selitkan juga acara berburu buku di lokasi-lokasi terkenal yang sering diperkatakan orang. Seperti yang pernah saya kongsikan dalam entri terdahulu.


Itinerari dan Kos

Saya kongsikan di sini itinerari perjalanan kami selama tiga hari dua malam.


Sabtu (Hari 1)
11.25 amBertolak dari KLIA (Malindo Air)RM 341.38Tiket pergi-balik
02.00 pmTiba di Clay Hotel, JakartaRM 109.90Harga satu malam (berserta sarapan)
Teksi Bandara - Clay HotelIDR 260,000 + IDR 10,000
(RM 86.40)
Teksi di luar bandara
04.15 pmPusat Grosir Senen Jaya (via Uber/Grabcar)IDR 285,000
(RM 91.20)
Misi Berburu Buku 1 (9 buah buku)
05.30 pmKwitang (sekitar Senen)Misi Berburu Buku 2
06.15 pmNasi Goreng Kambing Kebun Sirih (via Uber/Grabcar)IDR 60,000
(RM 18)
Nasi Goreng Kambing + Air Mineral + Sate Kambing
07.15 pmThamrin City Mall (via Uber/Grabcar)Misi Berburu Buku 3
11.00 pmNongkrong di Waroeng MeeBersebelahan hotel


Ahad (Hari 2)
09.30 amBertolak dari Clay Hotel ke Pasar Jatinegara (via Uber/Grabcar)Misi Berburu Buku 4
11.15 amTiba di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia, Gelora Bung Karno (via Uber/Grabcar)Misi Berburu Buku 5 (12 buah buku)
03.00 pmTiba di Blok M Square (via Uber/Grabcar)Misi Berburu Buku 6 (3 buah buku)
05.00 pmMenonton Filem Athirah
08.00 pmTiba di Penginapan Twins, Mangga DuaRM 92.45Harga satu malam (berserta sarapan)
09.00 pmMakan malam dan meronda sekitar Kota Tua



Isnin (Hari 3)
08.00 amMeronda sekitar Kota Tua
10.30 amBertolak ke Bandara Soeharto Hatta (via Uber/Grabcar)
01.10 pmBerlepas ke KLIA
04.15 pmSelamat mendarat
07.00 pmSelamat tiba di rumah (via ERL & LRT)RM 59.20


Masa di dalam jadual di atas mengikut waktu tempatan. Kalau di Malaysia, waktu Malaysia. Sebaliknya jika di Indonesia, waktu Indonesia.

Perbelanjaan tidak lengkap semuanya kerana sudah tidak tentu siapa yang membayar, siapa yang mengeluarkan duit terutamanya semasa menggunakan perkhidamatan Uber dan Grabcar. Rasanya kami di "payung" abam +Mohd Fauzi. Terima kasih, abam.



Pengangkutan

Hanya sekali kami menggunakan teksi. Itupun teksi di luar bandara. Selebihnya, kami menggunakan Uber atau Grab. Ya, kedua-duanya jauh lebih murah dan mudah. Kami juga sentiasa membandingkan harga antara kedua-dua jenis perkhidmatan ini. Mana yang lebih murah, itu yang menjadi pilihan. Teringin juga mencuba GrabBike (motorsikal), mungkin dilain kesempatan.

Untuk penerbangan, pertama kali saya gunakan perkhidmatan Malindo Air. Saya suka, dengan bagasi "percuma" 30 kilogram, ruang tempat duduk yang lebih luas dan banyak pilihan "entertainment" dalam skrin. Sempat saya melayan filem Hindustan. Oh! Saya tidak faham dengan konsep penerbangan Malindo ini. Memang tidak ada hidangan makan berat kah? Kami hanya mendapat sebiji roti, sebiji muffin, satu air mineral dan segelas air oren.

Lapar oi!


Internet

Pada mulanya saya fikir cukuplah dengan menggunakan perkhidmatan internet di hotel. Memang cukup sebenarnya. Tetapi memandangkan kali ini kami banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, juga mengejar masa, maka saya dan seorang sahabat berkongsi membeli simcard 2GB data berharga IDR 80,000 (atau 60,000 saya lupa). Perkhidmatan telekomunikasi XL. Murah.



Makan

Mengambil semangat pengembara, kami tidak memilih. Bakso, sudah tentu. Paling mewah, nasi goreng daging kambing di Jalan Kebon Sirih.

Tidak.

Sebenarnya masih memilih. Perut saya bukan jenis tahan dengan makanan sembarangan. Paling saya takut, cirit-birit. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana, perut saya sihat walafiat. Walaupun tekak perit mahu menelan makan di warung yang tidak begitu bersih persekitarannya. Waktu inilah terbit rasa berterimakasih dengan pengkategorian kebersihan warung yang dibuat oleh majlis perbandaran di Malaysia.



Itu ringkasannya.

Nanti saya kongsikan pula cerita-cerita tempat yang dilawati.

Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Clay Hotel






You Might Also Like

2 comments

  1. wahhhh ke jakarta ya pak.. kami baru balik dari bandung 11-13 oct.. tak sempat lagi share itinerary ke sana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Fresh lagi tu. Jangan tunggu lama-lama, nanti terperam macam saya. Jenuh nak ingat balik nanti. Bandung saya belum sampai lagi.

      Delete

Press

press